Saya pun tidak terkejut mana atau pun tidak hairan mana dengan kekalahan Pas di Bagan Pinang. Kalau BN yang kalah, itulah yang saya terkejut. Kerana sudah di ketahui yang BN telah mempergunakan segala jenis cara untuk mengekal kerusi nya di Bagan Pinang ini.
Tidak kira apa yang pasti kemenangan amat perlu untuk mengelak segala kemungkinan. Segala jentera kerajaan dan disusul pula dengan segala sokongan dari setiap segi, termasuklah dengan kekuatan wang dan gelombang provokasi nya. Seterus nya menggambarkan yang penyokong Pas ini adalah samseng samseng. Kalau pihak Pas ini terdiri dari samseng samseng, sudah berapa orang yang terbunuh dengan perbuatan mereka?
Sudah berapa orang rakyat Monggolia yang di letupkan? Sudah berapa biji bom berkeupayaan tinggi C4 yang di seludup dari setor kementerian pertahanan?
Peristiwa pembunuhan di Memali dulu, siapa yang yang menjadi pengarah nya? orang Pas ke? yang membunuh Altantuya orang Pas ke? kalau semuanya bukan orang Pas yang lakukan, orang parti mana pula? Sila jawab sendiri.
Secara tak langsung sudah di duga akan kemenangan Isa Samad ini dari segi luaran nya. Hakikatnya kesemuanya adalah kekuasaan Allah subhanahu wata’ala semata. Sememang nya saya tidak hairan gengan kemenangan itu, kerana sudah dapat di baca riaksi penduduknya. Sebuah masyarakat yang masih memerlukan ‘kesenangan’ yang dimainkan kerajaan dengan pelbagai ‘keramaian’ yang ada. Kita terus hanyut di buai tanpa mengerti hakikat dihari muka.
Aliran masyarakat yang yang berkonsep begini, selaras dengan jiwa kerajaan yang ada sudah tentu amat sukar untuk menerima teraju kepimpinan Pas yang banyak menerap nilai nilai ketaqwaan pada yang Satu. Walau pun Pas tak semesti nya maksum, tetapi jika hendak di bandingkan dengan pihak lawan nya, rasanya amat banyak yang berbeza, walaupun agama kedua dua kepartian ini adalah sama.
Orang yang mempunyai rekod yang tidak baik, itulah yang kita ingini, itulah yang kita mertabatkan. Lainlah kalau depa tu menyuesal dengan perbuatan nya dan bertaubat kepada Allah aza wajalla, tidak mahu mengulanginya perbuatan rasuah yg lepas. Ini sudah didapati bersalah, hanya berkata “saya sudah menjalani hukuman” dan sudah bersih. Itu belum cukup lagi beb,.. rasa kesal dan bertaubat tak mahu buat lagi. Ini tidak macam rasa bangga pula, kerana sudah habis pergantungan.
Tetapi kita tetap memilihnya, walau bagaimana pun untuk pihak Pas sekalung tahniah juga saya sampaikan kerana sekurang kurang nya dakwah dan tarbiyah menyeru masyarakat untuk kembali kejalan yang baik sudah di laksanakan. Paling kurang tanggung jawab yang di amanahkan sudah di laksanakan dan Allah jua tempat kita semua bersujud.
Masyarakat Bagan Pinang sudah memilih jalan hala tuju nya, dan jangan pula mendakwa kami semula, namun begitu kami tetap meneruskan seruan itu untuk anda semua dan masyarakat yang lain nya.
Perjuangan tetap di teruskan, walau pun anjing menyalak di sepanjang jalan!
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Perjuangan tetap di teruskan, walau pun anjing menyalak di sepanjang jalan
Monday, October 12, 2009Posted by Unknown at 7:26:00 AM