Krisis dalam pembangkang mula merebak kata Najib

Monday, February 1, 2010

Maka berbunyilah rentak gendang paluan pemuka pemuka kerjaan kita,1Malaysia. Kelmarin pula Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib terus menerus mendedahkan kononnya pembangkang mengalami krisis serius khusus nya di Pulau Pinang.

 


Pertelagahan pendapat diantara LimGuan Eng dengan Zahrin dari PKR P.Pinang menunjukan penolakan kepimpinan Lim Guan Eng dan ianya bakal merebak ke negeri negeri lain kata Najib lagi.

Krisis perselisihan pemimpin pemimpin pembangkang sudah serius dan mula merebak kenegeri negeri lain itu bukanlah di sebabkan oleh Barisan Nasional tetapi di atas kelemahan mereka sendiri.

Itulah pandangan PM kita tentang krisis serius dalam Pakatan Rakyat dan membuka beberapa kelemahan yang melanda PR sekarang.

Najib cukup pandai memainkan peranan konon nya berlaku krisis yg serius, sememangnya di akui krisis krisis itu tetap ada dalam mana parti sekali pun. Sama ada kecil atau besar, ia nya tetap ada.

Mengapa pula beliau tidak menyentuh secara ‘global’ bagaimana krisis yang melanda parti parti komponen BN itu sendiri. Hanya menyelak kain yang orang lain pakai, tapi kain sendiri dibiarkan saja. Apakah krisis sebegini tidak pernah dialami oleh UMNO? khusus nya BN. Apakah UMNO lupa parti komponen BN juga menghadapi masalah yang sama? Lupakah UMNO krisis di antara Sammy Vellu dan M. Kayveas? Mereka saling berbalas kenyataan di media elektronik dan cetak? Malah MIC mengemukakan usul kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya PPP disingkirkan daripada pakatan BN.

Apakah beliau lupa kes perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis sedikit masa dahulu. 23 ADUN Terengganu pada masa itu dengan lantangnya mengumumkan akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu sekiranya Ahmad Said yang mengangkat sumpah dan bukannya Idris Jusoh. Ini cerita apa?

Mungkin juga Datuk Najib sudah lupa dengan konflik di antara M.Kayveas dan T.Murugiah dalam parti komponen BN itu. Bagaiamana pula ‘melayu mudah lupa’ kes terbaru konflik dalaman MCA. Kronologi bermula dengan pemecatan Chua Soi Lek dan berlarutan sehingga ke kes PKFZ. Ong Tee Keat memecat Chua Soi Lek ekoran video lucahnya manakala pergolakan parti berpunca dari penglibatan Ong Tee Keat dalam isu berprofil tinggi PKFZ. Sehingga ke hari ini semuanya lintang-pukang. Tiada berkesudahan. Tidakkah cerita itu juga bercelaru dalam Barisan Nasional.

Mungkin juga untuk menutup kudis kudis dalam kain sendiri, depa mencerita kudis pada orang lain.Jika dibandingkan dengan krisis dalaman Pakatan Rakyat, kita rasa konflik dalaman BN lagi parah dan memerlukan rawatan khusus untuk mengubatinya. Itu pun hanya sebahagia kecil sahaja kes kes yang disebutkan. Mungkin juga itulah konsep rakyat di utamakan untuk 1Malaysia adanya.

- adunan sab/kini/jin kacau kampong