‘Ops Kasih Remaja’ kondom dijual secara ‘nakal’

Saturday, February 20, 2010


Rasanya kita semua masih ingatlagi 2005 yang lalu, negara kita digemparkan dengan hasrat kerajaan untuk mengagih agihkan ‘jarum suntikan’ dan kondom secara percuma kepada rakyat negara ini. Katanya untuk mengawal masaalah Aids yang menular secara positif. Ikuti seterus nya.


Kita sepatutnya mencegah rakyat daripada berzina untuk mengatasi masalah
ini dan bukannya membekalkan kondom untuk membolehkan mereka berzina dengan
selamat. Kita boleh berhujah bahawa kondom hanya dibekalkan kepada mereka yang
berkahwin sahaja tetapi biasanya penghidap HIV ataupun AIDS ini mengamalkan seks
bebas, bukannya suami isteri yang sah.

Begitu juga dengan bekalan jarum-jarum percuma kepada penagih dadah juga
belum tentu akan menyelesaikan masalah mereka kerana kita tidak mendaftarkan
penagih dadah seperti mendaftarkan pengundi. Maka, ada penagih yang mendapat
jarum percuma tetapi tidak mustahil jika rakan-rakan mereka juga tidak mendapat jarum
percuma dan meminjam dan pekara ini telah dibangkitkan oleh Sallehudin Ayub ahli parlimen Pas diParlimen ketika itu.

Maka kelmarin tersebar lagi berita yang tak kurang menjadi perhatian kita.
Pasti ada di antara kita akan terkejut apabila mendengar kondom juga sudah mula dijual secara ‘nakal’ di dalam gubahan kuntuman bunga-bungaan.

Ketua Pemuda Pas Cawangan Jelutong, Mohd Faruk Abdul Rahman berkata, taktik itu diketahui ahli-ahlinya apabila membuat rondaan pada malam sambutan Hari Kekasih di sekitar negeri ini. Menurutnya, remaja yang ditemui memberitahu taktik kurang sopan itu pada mulanya hanya dibuat oleh peniaga dari luar negara antaranya Norway.

“Kami tidak sangka perkara begini boleh menjengah sehingga ke Pulau Pinang, ia adalah sesuatu yang sangat serius dan tidak boleh diambil ringan. “Kami dari Pas kawasan dan negeri memohon supaya pihak yang bertanggungjawab segera membanteras perkara ini sebelum ia merebak dengan lebih serius dalam kalangan remaja Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Operasi ‘Ops Kasih Remaja’ yang dianjurkan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang kelmarin.

Program tahunan itu dijalankan semasa dan selepas Hari Kekasih bagi menyedarkan umat Islam mengenai sejarah Hari Kekasih yang sebenar. Dewan pemuda juga sempat mengedarkan 300 risalah mengenai sejarah Hari Kekasih sepanjang minggu hari berkenaan kepada umat Islam di sekitar Persiaran Gurney, Padang Kota Lama dan halaman Queensbay Mall.


Faruk berkata, kondom akan dijual di dalam bunga bagi menarik pasangan kekasih untuk melakukan hubungan seks walaupun belum berkahwin.

Justeru itu, bagi mengelak perkara berkenaan menjadi lebih serius, ahli-ahli Pas akan bersemuka dengan remaja bagi mendengar sendiri pengakuan pasangan kekasih remaja sama ada mereka menyambut atau tidak hari berkenaan. Menurutnya, daripada hasil maklumat mendapati bukan remaja sahaja yang menyambut hari berkenaan tetapi juga di dalam kalangan ahli keluarga.

“Itu yang kami bimbangkan, bukan sahaja remaja tetapi dalam keluarga juga perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka tanpa disedari sambutan hari berkenaan sememangnya adalah bertentangan dengan Islam,” katanya.

Pemuda Pas Negeri sentiasa memantau perlakuan akhlak dan akidah remaja dan umat Islam negeri berikutan dari hari ke hari pelbagai kaedah dan cara digunakan orang luar untuk menggoyahkan umat Islam.

- mjr/ref:s/harian 18