Bahasa melayu sepatut nya tidaklah seharus dipertikaikan sama ada untuk dimertabatkan mahupun disebaliknya, apatah lagi ianya telahpun termaktub dalam perlembagaan persekutuan pekara 152 – akta bahasa kebangsaan 63/68 – akta pelajaran 1961 & 1996.
Masaalah yang sering berlaku dalam ertikatanya, apabila dasar tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, tegas dan jujur. Itukan bahasa sendiri dan di ditelah dizahirkan juga melalui perlembagaan negara kita.
Dewan Bahasa dan Pustaka baru baru ini telah mengundang Datuk Dr.Hassan Ahmad juga selaku Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Prof. Dr,Abdullah Hassan, Prof.Dr.Zainal Kling dan Dr, Ridhuan Tee Abdullah. Mereka semua sebagai ahli panel yang membentangkan kertas kerja “hari pejuang Bahasa 152” yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kem.Penerangan dan Kebudayaan Datuk Wira Kamarudin Siaraf.
Dr.Abdullah Hassan dari UPSI berkata “bahasa melayu akan menerima kesan yang agak serius apabila perlaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI”. Tambahnya lagi “pihak kerajaan memansuhkan nya dulu patutlah dipuji tetapi kesan nya terpaksa kita tanggung”.
Manakala ahli panel Dr.Zainal Kling dari Gapena mempersoalkan peruntukkan besar yang disediakan untuk memajukan bahasa inggeris di negara kita, sedangkan bahasa sendiri terpinggir begitu saja”. “Saya difahamkan peruntukan 5 bilion ringgit dalam program itu jadi kita mahu juga peruntukan yang sama untuk mertabatkan bahasa melayu ini” katanya lagi.
Dr.Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan National Malaysia @ UPNM mencadangkan agar sekolah satu aliran diadakan di Negara ini untuk mensyarakat berbilang kaun mencintai bahasa melayu, katanya.
Dalam majlis itu suasana agak ‘terpaku’ dengan kelantangan Dr.Hassan Ahmad mengheret pemimpin melayu dan orang orang melayu yang memperkecillkan bahasa ibunda dengan menterjemahkan nya sebagai “golongan bebal”.
Satu satu yang julungkali majlis itu diadakan telah menjadi medan kritikan keras kepada pemimpin melayu dan orang melayu yg merasakan bahasa kita ini adalah kolot tidak mencerminkan pembangunan bangsa sendiri.
Datuk Hassan Ahmad yang begitu dikenali ketika perhimpunan bantahan PPSMI dahulu juga merupakan ahli panel yang paling lantang dalam majlis itu, beliau agak keras serta menggunakan istilah ‘bebal’ kepada pemimpin melayu dan orang melayu yang sanggup menidakan kekuatan bahasa sendiri.
Mungkin juga untuk sehari dua nanti, timbulpula impak dari sindiran tajam itu kepada mereka yang ‘melaksanakan’ kerja kerja terdahulu itu. Selamatkah bahasa kita? Fakir fikirkanlah.
- matjejakrasul/ref:metro16