Utusan Malaysia memfitnah, mahkamah terhenti 5 minit

Thursday, February 4, 2010

Kira-kira jam 3 petang tadi sessi perbicaraan Anwar agak tegang apabila Peguam Karpal Singh berhujah menunjukkan tulisan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' di halaman satu dan 'Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi' yang didakwa beliau menyeleweng.

Karpal menuntut akhbar itu dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana kes berkenaan masih berjalan.

Pada jam 3.10 petang pula, Pendakwa Yusuf Zainal Abiden pula menyatakan tidak adil untuk mengaitkan laporan Utusan dengan Perdana Menteri (PM) kerana beliau ialah Presiden umno.

Mahkamah pada jam 3.15 petang kemudiannya berhenti selama 5 minit untuk membuat keputusan di atas permohonan Karpal untuk mengenakan tindakan ke atas akhbar Utusan kerana menghina mahkamah.

- Oleh Roziyah Mahamad/era