Ahmad Shabery Chik Menteri Belia dan Sukan telah membatalkan kehadhiran nya ke Kampong Sura Dungun kelmarin 30hb. kerana mendapat bantahan beramai ramai dari penduduk kawasan itu.
Difahamkan yang mana cadangan pembinaan velodrom itu melibatkan tapak pasar malam dan urusan niaga penduduk sekitar yang menjalankan aktiviti nya. Para penduduk dan peniaga peniaga kecil merasakan punca pendapatan nya akan terganggu dan berharap pihak kerajaan negeri dapat mengubah cadangan pembinaan velodrom itu ke tempat lain yang lebih sesuai.
Disini adalah tempat kami berniaga dan mencari makan serta memberi sedikit kemudahan kepada para penduduk berdekatan untuk mendapatkan barang barang dan makanan. Apalah salahnya pihak kerajaan mencari tempat lain yang lebih sesuai lagi untuk mengadakan aktiviti sukan itu dan kami bukanlah bermaksud untuk membantah akan pembinaan nya. Cuma kami meminta ianya di ubah ke kawasan lain yang lebih baik, kata salah seorang dari mereka itu.
Walau bagaimana pun Ahmad Shabery juga berkata “kerajaan tidak terburu buru soal pembinaan ini dan berharap akan ada satu jalan penyelesaian nanti bagi memenangi hati semua pihak serta untuk kepentingan rakyat”.
Tambah menteri itu lagi, kerajaan memikirkan yang daerah Dungun ini juga tempat melahirkan jaguh lumba basikal Negara Mohamad Azizulhasni Awang yang banyak menyumbangkan jasanya.dalam lumba basikal. Sepatutnya penduduk menghargai pembinaan ini dan merasa bangga, jangan pula merasakan ianya tidak perlu untuk diadakan.
Inilah pemikiran ‘kerajaan kita’ apabila lahir seorang jaguh sukan di satu satu tempat, eloklah dibina padang lumba untuk jenis jenis sukan yang di ambil oleh sesaorang jaguh itu. Untuk kepentingan rakyat katanya. Kita pun akui sukan itu ada juga baik nya tetapi penduduk yang ramai itu takkan hendak dibiarkan kelaparan dan terganggu mata pencarian. Berapa ramai pelumba basikal yang ada didaerah itu jika hendak dibandingkan dengan berapa ribu penduduk di kawasan itu dan untuk kepentingan rakyat yang mana?
Kalau untuk kepentingan jaguh sukan apalah salahnya tempat latihan atau tempat perlumbaan itu di buat atau di alih ketempat yang lebih sesuai, juga di daerah itu. Ianya tetap boleh berlatih dan sebagainya. Tetapi kalau tapak pasar malam dan tempat berniaga itu di pindah ketempat lain belum tentu lagi ianya sesuai dan baik untuk berniaga. Pengajaran dan pengalaman sudah banyak yang telah berlaku.
Entahlah mungkin juga pihak pihak ini terlalu memikirkan “rakyat diutamakan” atau bagaimana, mungkin juga hanya rakyat yang minority yg di utamakan. Itulah 1Malaysia!
- mamat