Negara aman versi Naib Ketua wanita umno

Wednesday, February 3, 2010


Rasanya tidak perlulah menulis apa saja yang di perkatakan oleh sesaorang itu lalu kita terus lapur dan siar sahaja. Perlulah juga fikir untuk kesan jangka panjang nya sama ada disini mahupun disana nanti, sebesar zarah dikira wahai tuan. Mustahil kalau semua apa yang dicakap oleh para pemimpin itu tiada silap nya. Tidak kiralah pempimpin mana sekali pun, jika salah tetap salah benar tetap benar. Depa ni tugasnya adalah untuk memenangi hati rakyat.

 

Kesah ini di peti dari Bernama yang juga merupakan salah sebuah syarikat berita yang terbesar dinegara ini, juga dikenali sebagai Berita Nasional Malaysia. Tidak banyak beza dengan sebutan dari Berita Nasional dengan Barisan Nasional.

Kelmarin Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim meminta semua pihak agar menerima kenyataan yang Malaysia ini adalah sebuah negara yang aman makmur. Rakyat nya dapat hidup dengan penuh harmoni dari pelbagai kaum sejak berpuluh tahun dahulu.

Tambahnya lagi, "antara faktor utama yang menjadi Malaysia sebuah negara maju dan dikagumi ialah kerana rakyatnya berbilang kaum dan agama hidup dengan aman saling bantu membantu antara satu sama lain."

Dapat kat pemberita terus catit dan siar saja tanpa mengambil kira dari banyak sudut. Dikatakan Malaysia ini negara maju dan dikagumi. Kemajuan Malaysia ini dari segi apa, atau dalam ertikata bagaimana? bukankah matlamat 2020 itu telah dilanjutkan? mungkin juga aspek kefahaman beliau yang negara kita ini majunya lebih baik dari negara lain yang mundur. Eritrea, Ethopia atau sebagai nya. Agaknya itulah kaedah yang dimaksudkan.

Siapa yang kagumi Malaysia? kaedah yang sama juga yang dikikirkan. Tidak tahulah pula samada Naib Ketua Pergerakan Wanita ini faham atau mengerti apa itu takrif "aman" sebagaimana yang beliau maksudkan.

Harus kita memahami apa itu konsep aman yang sebenarnya. Jangan ikut sedap bercakap sahaja, kita kena memahami maksud yang ingin di sampaikan. Saya pun tidak faham adakah Naib Ketua kita ini pernah membaca akhbar atau menonton berita di TV, atau dapat memahami dengan ada nya jabatan pertahanan.

1Malaysia ini aman katanya, yang hari hari ada rompak bunuh dan rogol itu adalah bukan jenayah pada firasat nya. Boleh dikatakan mustahil kalau tiada berlaku jenayah dinegara ini dalam waktu 24 jam, itulah kaedah kemanan sebenarnya. Bukanlah tiada perang, tiada bom bom digugurkan baru itu yang hendak dikatakan tidak aman.

Cuba singkap selapis lagi, apa cerita dengan altantuya? apa cerita dengan Beng Hock? apa cerita dengan adik Nurin? dan apa kesah dengan al maunah, apa kesah dengan menjual pasir ke Singapura? apa guna ada nya penjara? ehmm.. negara aman sudah berpuluh tahun!

Yang sebuk gereja dan surau kena bakar dan lempar kepala babi itu bagaimana pula? kita janganlah sedap meminta semua pihak supaya menerima yang Malaysia ini aman. Kena fikir dulu.

Sebenar nya siapa yang memilih orang sedemikian untuk mewakil rakyat sebagai pemimpin, dukacitalah kalau fahaman begini yang dijadikan hujah untuk memenangi hati rakyat jelata diluar sana. Eloklah ubah kefahaman itu bagi kebaikan semua. Kalau untuk menambah sokongan pun bukan begini cara nya.

- Jin Kacau Kampong