Pembelian nya penuh kontraversi, hasilnya hampeh

Saturday, February 13, 2010

Kekuatan tentera kita hingga kini turut bergantung dengan penggunaan helikopter NURI ini pada 1968 sebanyak 36 buah yang sudah digunakan lebih 40 tahun. Ia juga dikenali sebagai Sikorsky S-61. Sudah terlalu banyak kemalangan yang membabitkab pesawat ini, tetapi penggunaan nya masih lagi diperlukan oleh negara kita. Klik tajuk untuk teks selanjutnya.


Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga tahun 2018. Walau pun pada 2008 lalu Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar. Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru ini.

Lain pula dengan cerita pesawat pejuang kita skyhawk yang kini tersadai di padang pasir Arizona Amerika, kata nya pesawat itu dibeli sebanyak 88 buah dari Amerika tetapi hanya 44 buah saja yang dibawa terbang ke Malaysia manakala sebuah lagi hilang di laut China Selatan. Pesawat ini tidaklagi digunakan tentera kita, dan dibawa ke Arizona Amerika untuk tinggal bersama dengan rakan rakannya yang tersadai. Turut difahami kerajaan kita membayar tapak parking nya disana tahun berganti tahun dan komponen komponen nya sudah amat banyak telah hilang. Pembelian jet pejuang ini juga dikonotasikan dengan ekoran kekalahan Amerika di Vietnam pada 1975 dahulu.

skyhawks

Ternyata teori pembeliannya tersebut hanyalah satu adalah retorik politik dan dasar luar Amerika pada ketika itu. Walau bagaimana pun itulah ‚kebijaksanaan’ kita ketika itu, yang nyata kerugiannya amatlah besar.

Maka timbul pula kapalterbang pejuang F-5E, TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth. Kesah kehilangan injin injin pesawat tersebut masih lagi dipertikaikan oleh banyak pihak. Hingga sekarang ianya masih lagi disiasat dan hanya ‚mamat mamat’ sahaja yang dibawa ke mahkamah.

Setelah riuh dengan“menang memakai“ senjata udara kerajaan kita, sekarang timbul pula kes melibatkan pesawat MiG29 yang dibeli pada tahun 1995 yang mana suatu ketika dahulu di anggap sebagai ‚raja’ untuk sistem pertahanan di Asia Tenggara, khas nya TUDM kita.

MiG29
Menurut bekas PM kita Dr.Mahathir jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun itu sudah mahu dilupuskan, sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.

Dr Mahathir juga mempertikaikan akan hal ini, Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

Tambahnya lagi, Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru? dan pada 2003 pesawat Sukhoi SU30MKM pula dibeli oleh kita dan Rusia memberi tawaran kepada Malaysia untuk menghantar angkasawan ke orbit lain.

Itu pun belum diambil kira lagi bab Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberikan nama “Lang Rajawali”, CL41-G Jet Tebuan yg diterima pada 1960, helikopter pesawat AĆ©rospatiale Alouette III, dalam tahun 70’an, pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia, pesawat pengankut DHC-4A Caribou, 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II pada 1975, pesawat Aermacchi MB339AM yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984, pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208 buatan Britain. Sebenar nya banyak lagi pesawat2 yg lain yg tidak disebutkan disini.


Apa cerita duhai negara ku.. ( bukan negara kuku ).

Ribut tidak gelombang pun tidak, secara tiba tiba timbul pula kesah perihal kapal selam scorpene kita yang tempuh edah penggunaan nya masih lagi berbaki itu, sudah tidak dibenarkan menyelam, walau pun boleh menyelam katanya. Sudahlah cara pembelian nya dipertikai hangat, kini kononnya kapal selam itu tidak boleh menyelam di beberapa tempat dan ketika
menghampiri Teluk Sepanggar, Sabah ia terpaksa diiringi oleh kapal pengiring.

Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam, lapur harian KOSMO tadi. "Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya.


Haru juga kalau macam ini, kalau kapal selam tidak boleh menyelam bagaiamana pula jika jet sukhoi itu nanti tidak boleh ke udara. Scorpene kapal selam yang di anggap hebat itu boleh mengalami nasib begini, hebat juga dengan kontraversi semasa urusan pembeliannya dulu dan hasil nya hampeh..

Itulah kesah senjata pertahanan kita yang menuju kemajuan zaman ke zaman, kerana mu 1Malaysia !..

- rompin explorer