10/10/2010 tarikh keramat sedunia?

Sunday, October 10, 2010

Sheikh Muszaphar & Dr.Halina

Di seluruh dunia hari ini 10/10/10 merupakan antara tarikh yg bersejarah kepada mereka. Konon nya satu hari kenangan yg manis bagi pasangan yg melansungkan perkahwinan. Dalam syari’at Islam pun tiada pula menyatakan bahawa dalam Islam tiada hari-hari tertentu yang dilarang melangsungkan pernikahan

10 Oktober 2010 (10/10/10) disebut dalam bahasa China "shi quan shi mei, "shi" juga bermakna ’10". Kebetulan pula tarikh tersebut jatuh pada hari ahad yg juga merupakan hari minggu pada banyak Negara.

Di Negara kita juga tak kurang meriahnya tarikh ini yg menjadi tarikh pilihan untuk bakal pengantin. Juga kepada para peniaga barangan berkaitan dengan majlis perkahwinan, tarikh ini juga merupakan satu tarikh keramat kepada mereka.

Begitu juga dengan beberapa tarikh yg bakal atau pun yg dilalui kepada mereka ini, umpama nya untuk tahgun depan 11/11/11 yg dijangkakan menjadi pilihan banyak pengantin. Begitu juga yg telah berlalu umpama nya 9/9/2009 atau pun 8/8/2008.

Di Singapura hari ini dilapurkan seramai 78 pasangan pengantin Islam akan melansungkan petrkahwinan nya.

Sementara itu di Negara juga ramai yg memilih tarikh hari ini termasuklah kepada bekas angkasawan Sheikh Muszaphar bersama pasangan nya Dr.Halina dan dikhabarkan beliau akan mengundang 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera termasuk putera Putra Mahkota Arab Saudi Sultan bin Abdul-Aziz.

Tarikh tarikh yg dipilih untuk sebagai kenangan atau ingatan manis kepada mereka tak banyak menjadi soal nya, dan seeloknya biarlah ada keberkatan nya.

Di akhir cerita, teman ini walaupun dah lama melansungkan perkawinan nya serta mempunyai ayah mertua tetapi agak jarang kepada berlaku pada geng geng diluar sana. Teman mempunyai seorang ayah mertua tetapi dalam masa yg sama juga mempunyai empat orang ibu mertua, dan baru baru ini sebelum hariraya isteri teman diserang oleh ibu mertua ke dua dek gara gara membenarkan ibu ke empat bermalam dirumah. Itulah kerenah nya, dan selamat mencuba kepada yg berminat.

Hanya sebagai selingan dan selamat pengatin baru!