Saudara Pengarang,
Bila terdengar anakbuah kampong jiran mengalami musaqqal, terasa perit juga peha kiri walau pun tak dicubit sesiapa. Al maklumlah jiran kita yg berdekatan, antara kami taklah jauh mana sekadar 40 minit atau se eloknya lebihkurang 35 km saja antara Cheneh dengan Chukai Kemaman.
Kita pada mula cukup truja dengan kejadian itu, apa tidak nya sejak akhir ahkir ini kita semua di ‘layani’ dengan peristiwa pembunuhan di Banting.
Mulalah riyuh pikuk di kedai kedai kopi, jenayah semakin seriuslah, rogol bunuh sudah menjadi mainanlah… sedih dan simpatinya teman. Bukanlah kerana dia itu gadis cantik atau pun se orang ‘muslimah warak’ bila terpandang gambar yg bertudung, tapi bila diketahui yg dia ini berbangsa melayu, beragama Islam macam kita jugak dan tempat tinggal pun tak jauh dengan kita, terasa macam ‘orang kampong’ kita pulak..sedih beb..
Setelah beberapa hari sahabat sahabat lain atau para orang ramai membuat andaian, lebih kurang jam 12 tengahmalam rabu lalu, hamba terkejut dan boleh dikategorikan sebagai tertipu bila menerima berita dari BERNAMA yg si-cantik ini turut didakwa di colek itu ‘berada di Bukit Bintang’ dan dilapurkan telah ‘berhijrah’ secara rela kesana… adeh..
Menurut kata Polis seperti di lapurkan BERNAMA "disini tiada babitkan kes jenayah".
Kalau dah tak mahu kawin atau dah menyampah kat tunang, perbuatan begini bukanlah cara kaedah sebenar untuk mengatasi nya.
Siap buat SMS, “tolong abang ada dua org ekori saya” dan dikatakan mengeluar duit kat bank dan dirompak lalu menuju setesen bas untuk ke KL. Habis tu kalau kena ragut kenapa tak buat report Polis?
Kuala Lumpur itu besar mengapa pilih destinasi nya ke Bukit Bintang? tak ada tempat lain lagi ke?.. ndak habaq kat hang.. Bukit Bintang tu macam tempat syurga ke dua selepas Gentinhg Highland. Seolah olah perlu ambil lessen kat sini untuk terus kesana. Kalau kat Amerika, Bukit Bintang ini adalah Las Vegas…hang tahu tak? kalau tak ada pelacur bukan Bukit Bintang nama nya. Disini kita kena mengerti. Bukan ndak tuduh hang buat menda menda tak baik, tapi area Bukit bintang tu sudah termaklum antara nadi malam yg gah di bandaraya.
Kita orang kat Kemaman ni ‘menangis’ bila mendapat cerita ‘orang orang kita’ di colek, siapa tak sedih dengan jenayah sekarang, bunuh sana, bakar sini, dan rogol bersiri.
O.. bila tersiar kat surat khabar tuu.. perlu simpati, siap pakai tudung comel lagi tapi apabila dan clear dan jumpa selamat kembali, aduuh.. hilang dah tudung entah kemana…dan siap buat kenduri kesyukuran. Kita bukanlah tak bersyukur dengan pulang semula dalam keadaan selamat, tapi perlulah fakir semula, apa riaksi masyarakat dan pandangan umum.
Tiba tiba kata tunang ada something rong pulak..mak bonda mengsyaki tunang punya ngkara, gagal dihubungi.. kalau tak suka tunang apa perlu kita meng’aibkan hentam dan membuka pekung nya? sehinggakan ayah kepada si-Helmi itu pula masuk campur “Helmi tidak menyorot Rozaliya”… apalah salah nya jika dah tak suka pada tunang, menyampah ke,..tunang suka konkong ke..beritahu mak ayah putuskan saja pertunangan itu, habis cerita. Ada ke patut kita mencolek tunang kita? Ada ke perlu kita mencuri duit kita sendiri? (dalam lapuran terbaru, konon nya sebab yg membuat beliau lari ke KL adalah kerana keluarga tak mahu putuskan pertunangan.. pening pening)
Tak perlulah ‘buat SMS’ ke, tak payah susah susah beli tiket untuk ke Bukit Bintang tak memperbanyakan tugas orang lain pulak. Apabila berita ini tersebar, bermakna seluruh dunia ‘sudah kena’.. kita lihat siapa yg kena!
Sementara itu kita singgah disini kejap: “ada seorang bermain main di tepi hutan dan beliau menjerit, tolong tolong disini ada harimau, tolong.. tolong..
Apabila ramai orang kampong datang untuk membantu, dia memberitahu o.. saya bohong saja.
Minggu depan dia buat lagi “tolong .. tolong..harimau datang, para penduduk kampong juga masih datang untuk membantu” o… saya bohong sajer.. orang orang kampong merungut dan pulang.
Minggu berikut nya si-mamat ni bermain juga disana, dan beliau betul menjerit meminta tolong kerana memang harimau betul yg datang “Tolong.. tolong..ini harimau betul yg datang niii..” bukan saya tipu, tolong.. tolong.. jeritan nya tidak dihirau oleh orang kampong kerana dia suka cakap menipu.
Fikir fikirkan sendiri. - Ayuthia Telok Kalong
p/s- Hanya pendapat pengarang artikel itu sahaja dan ini tidak bermakna ianya sama dengan pendapat penerbit blog ini. Oleh kerana ruangan ini adalah blog bebas, penerbit siarkan juga.
Suntingan: permatawangi
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Ada yg kesal gara gara Rozaliya ke Bukit Bintang
Saturday, October 23, 2010Posted by Unknown at 8:29:00 AM