Adik Ipar Tony Blair Memeluk Agama Islam

Monday, October 25, 2010


Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.

Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.

Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.

Katanya beliau sekarang sudah meninggalkan makanan daging babi, alcohol dan semakin selalu bersembahyang di masjid tempatan serta kini sudah memakai tudung kepala setiap kali untuk keluar rumah.

Lauren Booth yg bertugas sebagai penulis dan penyiar ini berada 6 minggu di Bandar Qom Iran, dan selepas kembali ke Britain beliau mengambil keputusan untuk menukarkan agama nya kepada agama Islam. Sekarang “saya sekarang sudah sembahyang lima waktu dan selalu membaca Al Quran serta kini saya sudah melepasi muka surat 60” katanya.


Ceritanya semasa tinggal beberapa bulan di Iran, beliau juga banyak menghabiskan masa di Palestin dan lebih bersimpati dengan nasib yg dialami orang orang disana, “saya banyak menerima ketenangan di sini”.

Lauren mengakhiran perbualan nya, “semoga dengan penghijarahan nya ini akan banyak membantu untuk mempengaruhi abang ipar nya Tony Blair nanti” agar mengalih perhatian nya kepada Islam, tambahnya lagi. Subhanallah…

-sentiasa.blogspot/daily UK