PETRONAS tak mahu keluar dari Iran

Friday, October 8, 2010


Shamsul Azhar Abbas yang juga Presiden perusahaan minyak nasional Malaysia iaitu PETRONAS menyatakan Selasa lalu 5/10, "Meski kontrak PETRONAS di zon minyak Pars Selatan Iran telah berakhir, namun perusahaan ini tidak berniat untuk keluar dari Iran dan akan tetap berhasrat untuk meneruskan perushaan di bidang minyak dan gas negara ini." Demikian yang di lapurkan IRNA.

"Dalam hal ini, terbuka banyak peluang kondusif di sektor yang berkaitan di Iran," tambahnya.

Selanjutnya Shamsul mengatakan, "Melihat banyak kemudahan yg ada di bidang ini, nampaknya keputusan untuk keluar dari Iran bukan keputusan yang tepat."

Menjawab beberapa pertanyaan "apakah PETRONAS akan keluar dari program-program di Iran kerana beberapa hubungan yg kurang baik yang diberlakukan Amerika Syarikat terhadap Iran", Abbas mengatakan, "Kami tidak berniat untuk keluar dari Iran dan mengabaikan sektor perniagaan di bidang minyak dan gas negara ini."

Ditegaskannya pula bahwa bagaimana pun PETRONAS tidak akan merebut saham perusahaan Jepun iaitu di zon minyak Azadegan. – bumirel/Irib/5