Satu pertemuan majlis ulamak dan politikus Pakistan telah di adakan di Quetta pada sabtu lalu 23/10 dan ianya dihadiri sekumpulan para ulamak Pakistan dan ditaja oleh Parti Jamhori Watan yg di ketua oleh Nawabzada Talal Akbar Bugti.
Kumpulan ulamak di majlis pertemuan itu telah mengeluarkan fatwa ‘qatal wajibul’ atau wajib bunuh ke atas bekas presiden Pakistan, Musharraf. Perjumpaan itu telah mengambil ketetapan yang Musharraf telah layak di bunuh. Diantara mereka yang turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah bekas Jamaah Ulama-e-Islam, Maulana Muhammad Noor, Ata ur-Rehman dan Maulana Abdul Qadir Looni.
Beberapa Pihak dalam majlis itu meminta Mahkamah Agung untuk mengeluarkan arahan membawa Musharraf pulang ke Pakistan melalui Polis Antarabangsa dan dibicarakan atas kes pembunuhan Akbar Bugti dan pelajar Jamia Hafsa, seorang perempuan di Masjid Lal.
Musharraf kini berada dalam ‘pembuangan’ di London sejak april tahun lalu, Fatwa agama ini dikeluarkan oleh persetujuan 50 ulama dari semua sekolah keagamaan Pakistan yang berkumpul atas undangan Bugti di Balochistan Quetta.
Setelah di amati sebelum ini Fatwa itu memutuskan Musharraf telah bersalah dari banyak segi dan termasuklah penodaan terhadap Al-Quran dan pembunuhan ratusan siswa perempuan sekolah hukum Islam di Jamia Hafsa di Islamabad dalam operasi ketenteraan. Beberapa kes pembunuhan nya terhadap musuh politik beliau seperti Nawab Akbar Bugti dan mengkhianati Dr Aafia Siddiqi serta ramai mulim yg lain nya, menyerahkan duta besar Afghanistan Mulla Abdus Salam Zaeef kepada Washington, membuang hukum hukum Quran iaitu hudud dari konstitusi kerajaan, memenjarakan Dr Abdul Khan seorang pengasas program nuclear Pakistan dan banyak lagi.
Kesemua ini adalah untuk menyenangkan hati Amerika kata sumber dari majlis perjumpaan ulamak itu dan mengabaikan kemakmuran Negara sendiri
- matjejakrasul/arrahmah haninmazaya
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Fatwa Wajib Bunuh ke Atas Musharraf
Tuesday, October 26, 2010Posted by Unknown at 10:02:00 PM