Bekas Presiden Amerika berdemo anti Zionis di Baitulmaqdis

Wednesday, October 27, 2010

Jimmy Carter turut bersama
Se kumpulan bekas ahli politik dunia yang di ketuai oleh bekas Presiden Irland, Marry Robinson telah membuat demonstrasi mengutuk rejim Israel di wilayah Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis.

Berita Qodsna melaporkan, kumpulan penunjuk perasaan itu turut di hadiri bekas presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter.

Minggu demonstrasi itu yang di adakan di wilayah utara komplek Baitul Maqdis lama, dan diikuti oleh para aktivis asing dan Israel. Kali ini, ramai bekas ahli ahli politik ternama dunia turut ikut berdemo. Mereka menuntut kembalikan semula semua rakyat Palestin yang diusir, kembali semula ke tempat mereka.

Jimmy Carter dalam demonstrasi itu mengatakan, "Kezaliman terhadap warga Palestin harus dihentikan dan perlu dibentuk semula Negara Palestin yg hampir musnah itu."

Pada kebiasaan nya pihak keselamatan Israel akan menyuraikan atau menyerang para penunjuk perasaan tapi kali ini mereka hanya mengelilingi dan hanya memerhatikan saja gelagat para pendemo antarabangsa itu. - m/cahaya ref:ir/Qodsna