Polis siasat Orang telanjang membaling buku pada Obama

Monday, October 11, 2010


Kini tiba pula giliran Obama menerima nasib yang sama dengan rakan seangkatan nya, bekas Presiden Bush.

Itulah badi apabila menjawat presiden Amerika, kalau Bush menerima lemparan kasut terhadap nya ketika melawat Iraq pada 2008 dulu, kini penggantinya pula Presiden Obama menerima nasib apabila beliau melawat Philadelphia semalam 11/10/10. Walau bagaimana pun balingan sebuah buku itu tidak mengenai Obama.

Ketidakpuas hati rakyat tak kira dimana, tapi kat Negara kita ini cukup bertuah kerana insiden insiden sedemikian belum terjadi lagi terhadap pemimpin pemimpin tertinggi dinagara kita.

Menurut lapuran yg diterima semasa balingan buku tersebut, Obama tidak menyedari nya kerana sebuk melayani orang ramai, hanya selepas itu beliau diberitahu yg balingan buku tersebut tersasar ke lain.

Dalam lawatan nya itu juga telah berlaku beberapa peristiwa lain yg tak kurang ‘senonoh nya’, selepas kejadian lempar buku kepada Obama itu, beberapa minit kemudian pihak polis pula memberkas se orang lelaki yg bertelanjang yg berjalan meninggalkan lokasi kekecohan peristiwa baling buku tadi. Namun begitu pihak polis tidak pasti apakah lelaki itu terlibat dalam aksi pelemparan buku tersebut atau sebab-sebab mengapa ia tidak mengenakan pakaian.

Pening juga kita dan mereka memikirkan nya.

Insiden tersebut menjadi kontroversi di media media AS yang menyoal mengapa para pengawal yang seharusnya siap sedia menjaga ‘huruhara’ itu gagal untuk membenteras serangan kecil iru. – matjejakrasul/radioiran