Barisan pembangkang di Sabah khususnya SAPP, PKR (PR) dan Bersekutu ketika dalam kerancakan untuk meraih kemenangan menentang BN di Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi akan datang, perlu merencanakan strategi mereka dengan penuh berhati-hati.
Ibarat pepatah Melayu, ‘Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa’; yang memberi gambaran bahawa meskipun ada pemimpin pembangkang menganggap PRK Parlimen Batu Sapi mudah ditawan kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa bakal calon BN dari PBS di Parlimen Batu Sapi, tidak segagah dengan calon-calon dari Barisan pembangkang.
Pembangkang perlulah mengambilkira sentimen pengundi khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi yang majoritinya pengundi Melayu, tetapi pembangkang janganlah sewenang-wenangnya meletakkan calon pemimpin Melayu yang kurang berjasa atau dikenali pengundi di situ.
Begitulah sebaliknya, pada SAPP yang tidak boleh mengambilkira yang mereka pernah berjasa dan membangunkan kawasan Parlimen Batu Sapi suatu ketika dahulu kerana seperti pepatah mengatakan, ‘Lain hulu, lain parang; lain dulu, lain sekarang’. Kalau tidak, apa yang telah berlaku PRK Parlimen di Ulu Selangor bakal mengundang bala di PRK Parlimen Batu Sapi.
Kemungkinan jentera BN boleh melakukan pelbagai strategi lain untuk memecah belahkan kekuatan pengundi di situ; terutamanya pengundi Melayu apabila melihat pembangkang meletakkan calon pemimpin Melayu dengan meletakkan dua atau tiga calon bebas di kalangan pemimpin Melayu, semata-mata memastikan kemenangan calon pemimpin Cina yang bakal diletakkan oleh BN.
Kawasan Parlimen Batu Sapi yang dahulunya pernah disandang pemimpin Cina dari PBS dan sudah tentulah kawasan itu kuota PBS untuk pemimpin masyarakat Cina. Apapun dapatlah disimpulkan, bahawa pakatan pembangkang bakal menghadapi calon pemimpin Cina pada PRK Batu Sapi akan datang ini, jika tidak silap perhitungannya, pada amalan biasa sebelumnya, teori ‘status quo’ sebeginilah yang selalu terpakai.
Jangan sekali-kali tersilap langkah dalam memperhitungkan atas nama ‘kemenangan’ di Parlimen Batu Sapi kerana mengikut analisis wartawan secara rawak ‘trend’ pengundi di situ pada ketika ini lebih condong dan berpihak kepada pembangkang. Sama ada Datuk Yong Teck Lee atau Haji Ansari kedua-duanya pemimpin yang berkarisma dan layak untuk dicalonkan di situ.
Bagaimanapun, salah seorang dari mereka kena berkorban secara ‘musyawarah’ untuk memberi laluan kepada pemimpin yang seorang dari mereka berlandaskan perkiraan matematik yang sesuai, selepas mereka mengambilkira aspek lain, seperti ketiadaan minat ‘Anak Watan’ untuk diletakkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Batu Sapi.
Sekecil manapun kelibat Parti Bersekutu, harus juga dilibatkan di dalam kesepakatan pembangkang dalam menentukan kemenangan PRK Parlimen Batu Sapi, asalkan ‘permintaan, terma dan syarat’ tidak terlalu tinggi dari pihak terbabit; yang disifatkan seolah-olah membelakangi matlamat yang dituju.
Wacana politik barisan pembangkang, perlu ada garis panduan sebagai garisan sempadan hak masing-masing untuk mengukuhkan perpaduan yang jitu di dalam gagasan pakatan pembangkang untuk menuju puncak kejayaan. Jika tidak, perjuangan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN tidak akan kesampaian; walaupun perjuangan mencecah berdekad-dekad lamanya. - GONOD SUNDA/s/kini
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Tersilap langkap membawa padah di Batu Sapi
Sunday, October 17, 2010Posted by Unknown at 8:04:00 AM