Langgar Hadi Jumaat, 7 Januari 2011, jam 3.00 petang

Tuesday, January 4, 2011


Saya dengan Aduka Taruna telah bersetuju untuk berdebat pada 30 Januari 2011 8.30 malam di UREKA MSK atas tajuk "Perpecahan akibat UG dari kebodohan Hadi Awang". Tajuk ini saya ingat sepuluh kali tukar kerana Aduka tak buat persiapan.

Lagipun dulu nak berdebat pasal "Sokong UG" dan kebetulan kami berdua tak setuju dengan UG. Mana boleh berdebat.

Tapi sebagai orang tua saya biarkan dia buat pertukaran. Saya harap tajuk ini takkan bertukar lagi bila hampir kepada tarikh debat.

Anda boleh baca pengumuman yang sama telah dibuat pada laman Aduka Taruna. (Sila baca di sini)

Ini poster yang kami setuju bersama untuk dipaparkan kepada umum. Debat ini adalah terbuka kepada semua orang dan kami membenarkan rakaman dibuat. Anda semua dijeput hadir.

Sebelum itu kami telah membuat persetujuan bersama, Projek Hadi yang tertangguh begitu lama juga akan dilakukan pada Jumaat ini, 7 Januari 2011 jam 3.00 petang di Masjid Rusila, Marang, Terengganu selepas solat Jumaat.

Setelah mendapat kerjasama yang erat daripada webmaster Songkok Putih, yang juga bersetuju membiayai kehadiran Aduka Taruna dan rombongannya. Oleh kerana Aduka Taruna tiada kemampuan nak membeli kamera video, Terengganukini sepakat telah bersetuju untuk menghadiahkannya sebuat kamera video Sony versi terkini.

Kami juga bersetuju untuk bekenalan pada program Langgar Hadi ini sebelum debat terbuka diadakan, bagi memastikan kami tak tertanya-tanya masa debat nanti, siapa Batu Api. Adakah dia Suhaimi Embong?

Ini adalah poster Projek Langgar Hadi yang dipersetujui oleh saya dan Aduka Taruna yang akan diletakkan diblog masing-masing.

Kami membuat ikat janji, sekiranya mana-mana pihak di antara kami tidak menepati janji untuk program bersama ini, program ini dikira batal dan kami sanggup menerima celaan.

Sekian.- batuapi-firestone.blogspot