Sembahyang jumaat setelah 50 tahun dinegara Islam

Sunday, January 23, 2011


Tunisia adalah sebuah Negara Islam Afrika Utara yg menghadap laut tengah dan bersempadan dengan Libya, 40% dari nya adalah gurun sahara.

Minggu lalu sejarah bagi Negara itu setelah presiden nya Ben Ali digulingkan oleh kemarahan rakyat nya gara gara seorang sarjana yg menjadi penjual sayur telah membakar diri nya akibat gagal mendapat pekerjaan yg baik kerana kemelesetan ekonomi Negara itu.

Kegagalan pemerintah mengatasi masaalah yg dihadapi Tunisia mula membangkitkan gelombang kemarahan rakyat sendiri dan Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi.

Setelah beliau melarikan diri, sinar Islam mula memancar dan setelah 50 tahum pemerintahan anti Islam disana serta larangan sembahyang jumaat diadakan dinegara itu oleh dictator Ben Ali, kelmarin jumaat 21/1 ramai warga muslim yg sebahagian besar nya berbangsa Turki telah mendirikan salat jumaat di Tunis iaitu ibu Negara Tunisia.


Dalam lapuran akhbar Al Quds inilah salat jumaat pertama setelah 50 berlalu kerana kekejaman dictator itu yg melarang melakukan sembahyang jumaat.


Fenomena melansungkan sembahyang Jumat berjamaah di Tunisia kelmarin disambut dengan gembira oleh kaum muslim dan kita saksikan suasana itu: