Konflik antara Israel dan Palestin atau Arab-Israel sering diterjemahkan sebagai peperangan antara Muslim dan Yahudi...
Walaupun begitu sesungguhnya fahaman ini cukup rumit diperkatakan kerana sekarang sudah bnerjumlah ratusan bahkan ribuan pemuda Muslim didaftarkan menjadi anggota tentera rejim Israel. Mereka ikut bertempur di berbagai lokasi medan melawan Arab, seperti Lebanon dan Gaza.
Fahad Fallah adalah seorang perwira Muslim berpangkat kapten di institusi ketenteraan Israel. Fallah yang berasal dari suku Badwi Israel mengaku bangga menjadi anggota kor tentera dan siap bertempur di mana sekali pun untuk melawan musuh-musuh Israel. Ia juga mengaku ikut bertempur dalam perang Jalur Gaza lalu (27 Desember 2008 hingga 18 Januari 2009).
Fallah berkata, menjadi anggota tentera Israel adalah warisan keluarga nya. ”abang dan bapa saya menjadi anggota keselamatan Israel,” kata Fallah.
Ramai dari kaum Badwi Arab yang beragama Islam merasa bangga dan setia pada negara Israel, tempat kelahiran mereka. Dimana sejarah kerja sama antara Badwi-Yahudi sesungguhnya telah terjalin sebelum wujudnya negara Israel tahun 1948.
Ketua kabilah Al Hib dari suku Badwi, Abu Yousuf, bahkan mengirim 60 anggota kabilah itu untuk membantu Yahudi berperang melawan Arab pada tahun 1946-1947. Kabilah Al Hib hidup di lembah-lembah Galilie (kini wilayah Israel Utara bersempadan dengan Lebanon dan Syria.
Pihak tentera Israel menolak diperkatakan berapa jumlah soldadu Israel dari kalangan Muslim. Tetapi dia anggarkan mencapai ratusan dan bahkan ribuan. Walau pun Israel tidak mewajibkan Muslim untuk mengikuti program ketenteraan di negara itu.
Apa motivasi Muslim di Israel masuk menjadi anggota militer negara itu? Pengarah Urusan di institusi tentera Israel, Kolonel Ahmed Romzi, mengatakan, kewajiban pertama warga Israel dalam membela tanah airnya, apa pun agama mereka, adalah perlu mengabdikan diri di institusi tersebut.
Menurut Romzi, banyak pemuda Muslim yang masuk menjadi anggota keselamatan Israel untuk mendapatkan dana bagi sekolah mereka di universiti2 agar lebih mudah mendapatkan pekerjaan.
Romzi mengatakan, kaum Muslim Israel yang masuk menjadi anggota tentera pascaperang di Jalur Gaza terus meningkat walaupun perang itu mendapat kutukan dari segenap Muslim di seluruh dunia.
Bulan march lalu (pascaperang Jalur Gaza), menurut Romzi, Jabatan Pertahanan Israel mengiklankan jawatang dalam tentera, dan ramai dari mereka yg Muslim masuk mendaftar.
Namun begitu , ramai pula pemuda Islam yang pernah menjadi anggota tentera Israel merasa kecewa akibat mendapat cemuhan dari masyarakatnya, bahkan disebut pengkhianat.
”Ketika memohon menjadi anggota tentera, saya dijanjikan kemudahan mencari kerja. Namun, setelah mengajukan lamaran kerja ke berbagai perusahaan, tetapi lamaran saya selalu ditolak dan akhirnya saya kembali ke kampung,” ungkap Maher Badawi, seorang Muslim dari kota Nazaretz , yang kini menjadi guru olahraga, menceritakan pengalamannya.
Saya sekarang ditolak oleh masyarakat Yahudi maupun Muslim,” katanya. Ia meluahkan rasa penyesalannya menjadi anggota tentera Israel kerana terus dicemuh dan disebut sebagai pengkhianat.
Gerakan Islam di Israel yang dipimpin Sheikh Raid Shalah merupakan institusi Islam yang paling kuat mengutuk fenomena masuknya pemuda Muslim menjadi anggota tentera Israel. Gerakan Islam ini sejak beberapa tahun lalu mengharamkan setiap pemuda Muslim menjadi anggota angkatan tentera Israel. Gerakan Islam itu juga menolak sembahyangkan jenazah pemuda Muslim yang pernah atau tsedang menjadi anggota tenrea Israel. - kompacetak
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
6 hours ago