Sebuah Van yang diconteng kekata lucah dijumpai ditinggalkan di pekarangan Hab Islam Singapura (HIS) di Braddell Road petang semalam.
Van jenis Mercedes-Benz Vito berwarna putih itu diconteng dengan kekata 'Malay sg' dan diikuti ayat mencarut dengan menggunakan semburan cat merah di sebelah kanannya.
Di sebelah kiri pula terconteng kata-kata 'HELL-O', 'Sg osama' dan apa yang kelihatan seperti angka '13' dan '11'; manakala kata 'Mati' pula disembur di belakangnya.
Pemeriksaan pihak Berita Harian sekitar 6 petang semalam mendapati bahawa van itu ditinggalkan dekat pintu masuk kompleks tersebut.
Hab itu menempatkan pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Madrasah Al-Irsyad dan Masjid Muhajirin.
Ketika dihubungi, Timbalan Pengarah (Pendekatan Masyarakat) Muis, Encik Zainul Abidin Ibrahim, berkata:
'Van itu ditemui di kawasan pekarangan kami sekitar 4.30 petang, iaitu selepas waktu asar, tetapi kami tidak tahu siapa pemiliknya.' Pihaknya menghubungi polis tidak lama setelah itu.
BH difahamkan bahawa pegawai keselamatan yang bertugas melihat van yang sudah pun diconteng itu masuk ke pekarangan HIS.
Difahamkan juga bahawa pemandu van tersebut, dipercayai seorang lelaki Melayu, telah menghilangkan diri selepas itu.- B/harian
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
6 hours ago