Pengemis Paling Hit di Internet

Tuesday, January 11, 2011


Kesah hidup seorang pengemis ini cukup menarik dan beliau di ‘kategorikan’ penampilan nya seumpama seorang pragawan.

Lelaki yg berusia 35 tahun ini bernama ‘Xilige’ dan beliau kelihatan merayau rayau di kota pelabuhan Ningbao daerah Zhejiang China. Mneurut lapuran Harian What's on Xiamen, beliau kini lebih dikenali sebagai 'Brother Sharp'. Xilige sekarang cukup famous setelah kesah nya dimuatnaik ke beberapa laman web dan digelar sebagai 'Lelaki Paling Cool Di Asia’.


Dia dikatakan menjadi icon pula kepada para remaja di China, Hong Kong, Taiwan & Jepun.

Dalam laman 'Oriental Hotline' di Ningbao pernah disiarkan kesah nya, dan semasa ditemuramah beliau agak gugup. Ramai juga para forumer dalam beberapa site menghulurkan derma kepada nya.

Dibawah ini gambar gambar yg di bandingkan dengan beberapa orang pragawan & bintang filem ternama.

Apabila diperhatikan gaya penampilan nya, kita boleh menganggap yg beliau ini lebih banyak raut wajah nya serta gaya jalan lebih mirib kepada beberapa bintang terkenal. Dikatakan juga gaya paras muka nya hamper menyamai pelakun Andy Lau dan juga mirip model dari Jepun Mizushima Hiro.


Bentuk badan dan posisi langkah nya seolah olah Bintang Film Mandarin Tony Leung.
Kita boleh amati cara style nya dalam beberapa gambar ini.



Si-pengemis ini menganggap penampilan nya seperti biasa saja, tapi lain pula anggapan orang orang diluar sana.


Fenomena si-pengemis handsome ini begitu cepat menjadi hits dalam beberapa forum online di merata beberapa negara tersebut, Jepun, China, Hong Kong mahupun Taiwan dan menjadi lebih menarik nya, pagawai daerah setempat memberi tawaran pada nya untuk tinggal disebuah penempatan khusus untuk para pengemis, namun Xilige menolak sehingga menangis.

Dalam forum forum yg menyentuh perihal pengemis ini, ramai dari mereka merasa terharu dengan tampilan yg agak ‘cool’ dan menyamai style catwalk dalam peragaan pakaian di butik butik ternama dan mereka menganggap yg brother sharp ini tidak sesuai selaku se orang pengemis jalanan. Beliau lebih match beralih kepada seorang model catwalk atau se orang pelakun, luahan di thread’s forum forum tersebut.
- dapat ilham dari permatawangi/m'cahaya