Hai nampaknya tak banyak beza… Parti Demokratik Mesir dengan satu lagi Parti kat Negara kita nii.
Ke tak caya? kita perhatikan Menteri Wakaf Mesir ni.. Dr. Mahmod Hamdi Zaqzuq. Siang tadi (berbeza sedikit waktu ngan 1Malaysia) hari jumaat 28/1. Dr. Mahmod Hamdi Zaqzuq mengingatkan pada pendemonstari yg hangat memprotes kepimpinan Hosni Mubarak, supaya jangan guna masjid dalam tunjuk perasaan itu.
Depa memberi perintah pada imam imam dan jawatan kuasa masjid supaya tidak membenarkan pendemo menggunakan masjid masjid itu. Entahlah dia fakir ke tidak, yg kat Kaherah tu masih ada ‘masjid Rusila’.
Dalam lapuran terbaru, selepas demonstrasi besar “Jumaat Kemarahan & Kebebasan” sudah 8 orang pimpinan pembangkang ditangkap termasuk beberapa orang dikalangan anggota Ikhwanul Muslimin, dan dijangka operasi penahanan itu diteruskan, kata jurucakap amnoi Mesir.
Dengan kepulangan pemenang Nobel Perdamaian Mohammed ElBaradei, suasana penunjuk perasaan mula bertukar menjadi semakin ganas. Mohammed ElBaradei adalah penentang keras Hosni Mubarak dan siang tadi juga seorang lagi penunjuk perasaan ditembak mati serta lebih 1000 orang ditangkap.
Dikatakan juga Hosni Mubarak tidak kelihatan langsung sejak tunjuk perasaan berlaku beberapa hari lalu. Lapuran press The Telegraph u.k pula mengatakan Obama telah menghantar perutusan menyuruh Hosni membuat reformasi bagi meredakan kemarahan rakyat nya.
Saya sendiri pun belum begitu memahami konsep parti Demokratik Mesir tu lagi, sama ada dalam kabinetnya ada juga ‘Chua Soi Lek’ atau tidak dan sama samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
6 hours ago