Perangai Pelik di Tenang

Wednesday, January 26, 2011


Anda semua nampak tak apa yang pelik di Tenang. Walaupun yang bertanding di Tenang adalah gerombolan tapi kita melihat MCA bersungguh sungguh kempen di Tenang.

walaupun dalam PRK sebelum nih MCA masih lagi tidur di buai mimpi gemalai tapi kali ini lain pulak gayanya

Ini kerana pengundi cina di Tenang agak sukar untuk di jinakkan dan mungkin Najib dah beri kata dua kepada Chua Soi Lek supaya buktikan dia masih punya pengaruh di kalangan orang cina.

Dan sepertinya isu isu sensitif agama yang di bangkitkan oleh MCA di restui oleh pihak atasan gerombolan. Cuma bila keadaan nampak tak terkawal baru lah Muhyiddin bersuara menyuruh Soi lek diam sat.

Tapi kalau kita tengok gerombolan nih dia akan menggunakan proxy bagi menyuarakan sesuatu yang sensitif kalau isu berkaitan orang melayu dan raja yang menjadi jurucakapnya adalah perkosa dan kalau berkaitan dengan isu isu agama akan bagi kepada zul kulim.

Jadi tak mustahil kalau isu mempersendakan agama ini di pelopori juga oleh gerombolan supaya tangan mereka tidak terpalit oleh najis yang di bawa oleh jurucakap mereka. Sebab itu kita lihat isu salam ini lambat diulas oleh muhyiddin dan mungkin juga isu azan di masjid ini juga di bawa oleh tangan ghaib di sebalik tabir. – jangjr/tko