Masjid Noor Jangpura New Delhi
Jabatan pembangunan perumahan India telah meruntuhkan sebuah masjid yg telah dibina sehingga membawa kepada rusuhan dengan pihak polis dan seramai 15 orang tercedara.
Delhi Development Authority (DDA) merobohkan Masjid Noor yang terletak di daerah Jangpura di ibukota India, New Delhi, pada hari Khamis lalu setelah mendakwa bahwa masjid, yang berdiri di sana selama lebih dari 200 tahun, dibina ditanah penempatan yg dirancang DDA, di petik dari surat kabar India Express semalam, 15/1.
Peristiwa tersebut menyebabkan gelombang protes dan menyebabkan sekurang kurangnya 15 orang tercedera dan kerosakan beberapa buah kereta milik pribadi yang terletak berhampiran masjid itu.
Kekecohan bermula setelah polis India melepaskan gas pemedih mata kearah orang ramai yang membantah, mereka membantah dakwaan pejabat DDA tentang "keharaman" dari struktur bangunan masjid tersebut, masjid itu dibina di tanah Wakaf di daerah Maharashtra New Delhi sejak 200 tahun lalu.
"Struktur bangunan masjid ini merupakan Wakaf dan telah wujud selama lebih dari 200 tahun," kata Shoaib Iqbal dari Parti Janshakti Lok.
Penunjuk perasaan berjalan ke pejabat polis untuk membuat bantahan, Hazrat Nizamuddin mengatakan mereka tidak boleh lagi untuk membuat ibadat disitu, tetapi pihak polis menghalang kerana mereka di arahkan.
Ketua Menteri Delhi Sheila Dikshit menyalahkan DDA karena melakukan pekara "dengan cara yang tidak adil" dengan merobohkan struktur suci masjid.-rpka(fq/prtv)
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
6 hours ago