Seorang lelaki England ditangkap setelah dituduh membakar Al Qur'an serta berteriak-teriak menghina Islam, menurut kenyataan pihak polis.
Dia dilapurkan berdiri dijalan raya bandar Carlisle pada hari rabu kelmarin dan berteriak menghina agama Islam di depan khalayak ramai.
Orang itu kemudian membakar Al Qur'an yang dia pegang sebelum membuangnya ke jalan dan bergegas melarikan diri. Beberapa anggota pasukan keselamatan kemudian tiba di tempat kejadian serta memeriksa kawasan sekitar dan membuat penyiasatan
Seorang jurucakap polis Cumbria mengesahkan bahawa seorang lelaki 32 tahun telah ditangkap yang diduga adalah suspek dalam kejadian tersebut.
Pada hari Rabu lalu pihak polis menerima lapuran bahwa Al Qur'an sedang dibakar oleh seorang lelaki di pusat Bandar Carlisle. Polis kemudian membawa sisa cebisan Al Qur'an yang dibakar tersebut dan seorang lelaki 32 tahun telah ditangkap kerana telah mengeluarkan kata-kata yang menghina Islam, mengancam dan berkelakuan kasar."
Insiden ini berlaku ketika padri kontroversi yg berasal dari Amerika pastor Terry Jones mengatakan dia kecewa telah dilarang datang ke Britain, ia menyebutnya sebagai "tidak adil".
Beliau dalam kemarahan ketika ia mengumumkan perancangan pihak gereja Florida membantah untukdia membakar Al Qur'an sebagai peringatan serangan 9/11 di Amerika.
Setiausaha Dalam Negeri menyatakan akan melarang pastor Jones datang ke England, dan Jones berkata dia tidak memusuhi Muslim atau Islam, ia berdalih hanya memusuhi "unsur radikal Islam."
Seorang jurucakap pejabat Dalam Negeri mengatakan: "Pemerintah menentang ekstrim dalam segala bentuk, dan kenapa kita harus mengecualikan Pastor Terry Jones datang ke sini sebagai hak istimewa, itu adalah tidak benar, dan kita tidak bersedia membenarkan dia masuk kesini, yang kehadirannya tidak membawa kepentingan publik." - Za/google/UKPA/v-Isl
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
5 hours ago