Parlimen seperti Anjing & Kucing

Sunday, January 2, 2011


Pilihanraya Umum yang diadakan baru baru ini telah didakwa berlaku banyak penyelewengan.

Zakaria Azmy, ketua staf presiden Mesir, Hosni Mubarak, menuntut tindakan undang undang terhadap surat kabar al-Masry al-Youm kerana telah menggambarkan anggota parlimen Mesir sebagai anjing dan kucing.

Surat khabar tersebut, al-Masry al-Youm telah menyiarkan dalam ruangan, kartun editorialnya. Depa menyiarkan karikatur kartun ini sebagai menggambarkan anggota parlimen sebagai kucing dan anjing. Itu pun kalau mengikut kefahaman si- Azmy Zakaria yang juga merupakan seorang anggota parlimen Mesir.

Kartun itu membuat dewan parlimen Mesir naik darah dan berang, katanya lagi. Beliau tetap mengatakan pilihanraya itu bebas dab adil. Dakwaan ini memang satu kemestian bagi kerajaan, kalau tidak bukan kerajaan nama nya.

Azmy Zakaria meminta jurucakap parlimen Fathi Sorour mengambil tindakan kepada surat khabar tersebut kerana telah mencerca parlimen katanya. Beliau juga berkata “saya tetap menghormati press selagi ianya tidak keterlaluan”. – m/cah ref: sa/albab