Kampung Telok Pasir Panjang
Menyedihkan apabila sebuah wakaf yang dijadikan tempat bersolat untuk kemudahan pengunjung kini tidak terurus dan dijadikan tempat tidur anjing liar di premis perniagaan di Kampung Telok Pasir Panjang di sini.
Walaupun keadaan persekitaran di kawasan itu dilihat amat cantik pada mata kasar dengan pemandangan pantai dan laut, tetapi sebaliknya turut tersembunyi situasi agak menjijikkan.
Ini berikutan tinjauan , mendapati selain rumput yang tidak dipotong, keadaan longkang turut tersumbat dan tandas amat kotor, sekali gus menimbulkan kurang senang pengunjung.
Selain itu, terdapat wakaf yang dibina bagi mengerjakan solat, namun terbiar tanpa pengawasan sehingga menyebabkan anjing liar turut singgah ‘bermalam’ di situ.
Seorang peniaga, Zakaria Wahab, 52, berkata dia dan rakan peniaga lain kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang membina wakaf itu tanpa membuat pintu yang boleh menutup seluruh kawasan berkenaan.
“Ketiadaan pintu di wakaf itu menyebabkan ia sering dimasuki anjing liar yang turut tidur menyebabkannya tidak lagi boleh dijadikan tempat bersolat dan perlu disamak.
“Berikutan itu, sekiranya ternampak ada pengunjung yang mahu menunaikan solat di situ, saya akan memberitahu jangan berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, dia sudah beberapa kali memaklumkan perkara itu kepada pihak berkaitan, namun masih tiada sebarang tindakan diambil hingga kini.
“Selain itu, keadaan longkang tandas yang tersumbat turut menjadikan kawasan ini menjijikkan termasuk keadaan rumput atau lalang yang tidak dipotong.
“Ia menyebabkan saya dan beberapa rakan peniaga terpaksa mencuci tandas, namun ia perlu diperbaiki bagi memastikan kawasan premis bersih serta cantik,” katanya.
Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Kadir, 38, berkata dia terkejut apabila didatangi seseorang yang menghalangnya daripada bersolat di wakaf itu.
“Pada waktu itu, saya melihat surau berkenaan agak kotor kerana dipenuhi najis cicak lalu membersihkannya dengan kertas.
“Bagaimanapun, ketika mahu mengerjakan solat, seseorang datang memberitahu baru saja menghalau anjing yang tidur di di situ,” katanya.
-Nor Aziah Othman/met24
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Anjing turut berada di wakaf solat Negeri Sembilan
Friday, April 23, 2010Posted by Unknown at 12:43:00 PM