NAJIB RASUAH RM3 JUTA DAN UGUT MESTI UNDI BN?

Sunday, April 25, 2010

TERKESIMA seketika mendengar ucapan Perdana Menteri slogan ‘1Malaysia’ di Buletin Utama, TV3 malam ini.


Dengan bangga dan megahnya dia mengumumkan bahawa sekiranya esok, pengundi-pengundi di Hulu Selangor keluar mengundi dan ‘menghadiahkan undi mereka’ kepada Barisan Nasional, maka beliau akan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Hulu Selangor untuk membina sekolah Cina di kawasan tersebut pada hari Isnin secara tunai.





Adakah Dato' Najib sedar motif bantuan beliau itu merupakan rasuah politik dalam pilihan raya? Apakah beliau arif bahawa kata-katanya itu merupakan bantuan ‘bertopengkan rasuah?’ Adakah Najib sedar bantuan RM3 juta itu berupa upahan berbentuk rasuah? (‘daylight bribe’).

Tidak cukup dengan itu, Najib berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan.

Kalau Najib jujur kenapa tidak derma selepas pilihan paya kecil Hulu Selangor? Beliau boleh pula cakap politik di rumah ibadat? Kalau UMNO/BN semua HALAL dan OK.

Teringat pula kes derma lembu untuk Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau ada yang ingin bersedekah lembu untuk dikorbankan sempena Aidil Adha yang lepas, terus menjadi isu utama dan mewar-warkan kepada seluruh alam yang Pakatan Rakyat memberi lembu yang berbentuk rasuah. UMNO/BN bekerja sedaya-upaya untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkin definasi derma dan sedekah lain maknanya bagi UMNO/BN. Yang mereka secara terang-terangan menghulur sana-sini bantuan bilamana adanya PRK itu dikira sebagai apa derma. Boleh pula? Tidakkah itu hanyalah sekadar agenda meraih undi rakyat. Tapi mereka terlupa dalam beberapa siri PRK hanya DUA kerusi sahaja yang mereka dapat pertahankan yang lain? Pi mai pi mai tang tu juga!

Kalau benar UMNO/BN sebuah kerajaan yang tulus, mengapa tidak di luluskan bantuan tersebut walaupun kerusi itu dipegang oleh Pakatan Rakyat? Fenomena ini memang telah di jangkakan kerana ianya memang merupakan agenda utama bagi UMNO/BN bagi menghadapi mana-mana PRK.

Apa jadi dengan janji-janji manis pilihanraya yang telah mereka janjikan kepada mana-mana kawasan PRK dahulu? Bila kalah, habuk pun tarak! Ini menandakan yang Kerajaan UMNO/BN hanya pandai bermain kata-kata semata-mata untuk meraih undi, bila tidak dapat apa yang diingini, janji-janji mereka kepada penduduk di kawasan berkenaan dikuburkan begitu sahaja. Inikah kepimpinan yang dikatakan sebuah kepimpinan unggul?

Najib PM 1Malaysia tersebut juga lebih ke arah ugutan kepada penduduk setempat. Mana tidaknya, ugut, kalau nak pembangunan atau sekolah baru, maka undilah Barisan Nasional, kalau tidak, bak kata orang Sabah ‘tapun-tapun’ yang membawa maksud ‘kempunanlah kamu’. Taktik begini memang bukanlah suatu perkara baru, ianya akan dan pasti berlaku di setiap PRK dan PRU. Ianya tidak mustahil sama sekali.

Di zaman Tunku Abdul Rahman, pernah disiarkan sebuah lagu antara liriknya, "Undilah Parti Perikatan", terus mendapat bantahan daripada Tan Sri Tan Chee Koon dari parti Pekemas kerana menurut beliau tidak sepatutnya disalahgunakan mana-mana media elektronik dan cetak untuk membantu kempen kepada parti Kerajaan.

Allahyarham Tunku menerima baik teguran tersebut lalu mengarahkan lagu tersebut di hentikan sama sekali siarannya. Begitulah tulus dan ikhlasnya kepimpinan pemimpin-pemimpin dahulu. Sekarang? Tepuk dada tanya selera! Kalau boleh setiap genap sumber harus di gunakan untuk berkempen secara tidak langsung.

Segala saluran siaran media elekronik diarahkan memberikan laluan seluas-luasnya kepada calon-calon Barisan Nasional. Dari TV1, TV2, TV3 hingga saluran Astro, semuanya melagukan siaran puji-pujian kepada calon Barisan Nasional.

Adakah mereka lupa, tiga-tiga DUN di Parlimen Hulu Selangor adalah di bawah pegangan UMNO/BN, mana wakil rakyatnya tidak buat kerja? Bila berlaku sesuatu perkara tangan dituding ke arah Kerajaan Pakatan Rakyat. Benar-benar hipokrit!

Tidak cukup sisuami, siisteri, ‘First Lady of Malaysia’ pun turut berkempen, menegakkan benang yang basah. Jika diimbau kembali, dalam banyak-banyak isteri PM Malaysia ini, ‘First Lady’ yang inilah yang lebih suka ‘menonjolkan diri dan tertonjol’.
Beliau berhasrat mempersoalkan baik dan buruk sesuatu perkara, tapi beliau lupa, beliau dan kroni-kroni lebih banyak melakukan perkara yang BURUK dari perkara yang BAIK. Lupakah Kak Mah, dalam banyak-banyak isteri PM di Malaysia ini, isteri PM manakah yang menghalalkan 'sistem laga-laga pipi’ dengan orang yang bukan muhrim? Teristimewa berani betul dia lakukan di hadapan suami sendiri. Suami tinggal tengok dan tersengih, inikah PM idola rakyat? Terpulang kepada anda untuk menilaikannya.

halik