Pemimpin Islam tapi sokong kafir untuk tindas orang Islam

Tuesday, April 20, 2010



Inilah yang sedang kita semua perhatikan terhadap seorang Perdana Menteri 1Malaysia Dato' Seri Najib...


yang mana dengan secara terang-terang memberikan sokongan padu kepada tindakan kuasa besar Amerika Syarikat yang akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Negara Iran. Sebuah Negara rakan Malaysia di rantau ini.

Walaupun masih ramai bagi kalian disana yang menyenangi atau menyokong tingkah laku Perdana Menteri ini, jangan pula dilupakan ramai juga disebelah pihak satru lagi ini cukup menyampah dengan perbuatan beliau yang bersengkokol dengan ‘raja kafir’ itu, Amerika syarikat.

Tetapi oleh kerana ‘kedangkalan’ yang ada, mereka ini tetap mengenepikan perintah Allah Aza Wajalla. Negara dan orang Islam di tinggal dan memilih Negara dan pemimpin kafir sebagai sekutu untuk di kiblatkan nya.

Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Iran berikutan Negara tersebut menggunakan tenaga nuklear untuk kegunaan kemudahan asas Negara itu. Tenaga nuklear digunakan untuk kegunaan dan kepentingan rakyat Iran itu sendiri dan bukannya digunakan sebagai senjata untuk menyerang Negara luar. Tenaga nuclear di utilisasikan untuk kemudahan tenaga elektrik Negara itu. Apakah ianya satu kesalahan?

Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan beliau terhadap Amerika yang bakal membuat sekatan ekonomi kepada Iran. Yang nyata pekara ini bakal mengundang kebencian Iran kepada kita, konon nya satu agama. Beginilah sifat pemimpin kita, adanya.

Kita begitu terkejut sekali dan merasa amat malu dengan tindakan drastik Negara China secara terang-terangan tidak menyokong tindakan sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas Negara Iran tetapi malangnya kita Malaysia pula yang member sokongan ampuh terhadap Amerika.

China selaku Negara kafir maha mengerti dalam hal ini, dan tidak pula kepada Malaysia yg dikatakan Negara Islam ini, yang mana pemimpin 1Malaysia ini ‘memeluk pingang’ Obama untuk menyatakan ‘kesetiaan’.

Najib dengan megahnya menyatakan tidak wujudnya penjualan gas ke Iran dari Malaysia tetapi tidak menafikan pendirian Malaysia menyokong keputusan Amerika untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran, mengapa? Sebab ingin meraih sokongan dari Amerika kerana rakyat Malaysia sendiri sudah semakin muak dan jelak dengan pentadbiran UMNO/BN.

Amat terasa malu sekali saya dan dimana hendak taruk muka apabila mempunyai pemimpin sedemikian, satu fobia bagi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam yang pemimpin nya tidak mahu mengerti apa itu Islam.

-mamat/ref:sk