Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan Polis Malaysia masih tidur. Namun hakikatnya memang benar mereka masih tidur kerana setelah...
Sabahkini menyiarkan wajah samseng yang menjadi pengawal peribadi adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu Michael Chia @ Mikhael Aman; Polis Malaysia gagal mengecam ‘Lelaki Yang Paling Dikehendaki Interpol’ ini.
Samseng berkenaan, Sai Pao @ Chan Mun Bang mempunyai lebih 25 rekod jenayah penipuan dan kongsi gelap yang serius, namun bebas bergerak di Sabah setelah bossnya, Michael Chia membayar sejumlah besar wang perlindungan bagi membolehkan Sai Pao menjalankan kegiatan haram Mikhael Aman.
HIDUNG….Antara Mikhael Aman (kanan) dengan Sai Pao bagaikan hidung dengan hingus yang saling memerlukan. Namun apakah Sai Pao akan terus berkhidmat dengan Mikhael Aman tau menjadi ‘Taiko Tai’ baru di Sandakan?
Sai Pao pernah dipenjara di Peranchis selama empat tahun kerana terlibat dengan penipuan dan pemalsuan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia dan Singapura tetapi digunakan untuk berbelanja di Kota Paris.
Mengikut maklumat Interpol, Sai Pao masih mempunyai rekod jenayah samun, along, judi haram termasuk Pai Kau sehingga menyebabkan Mikhael Aman kalah RM200,000 pada malam tahun baru Cina lalu (14 Februari 2010).
Sai Pao juga terlibat dengan kegiatan pemerdagangan orang dan membekalkan pelacur, China Doll dan Filipina Doll kepada kelab malam termasuk mempunyai Pusat Hiburan Haram yang digelar ‘Little Thailand’ kerana mempersembahkan tarian ‘Tiger Show’.
Dengan modal yang diberikan Mikhael Aman, Sai Pao memiliki lebih 100 buah Mesin Kuda, Judi 4 ekor haram serta menjadi Along yang paling digeruni di Sandakan; sekaligus meletakkan pegawai kanan polis di bawah 'payroll' Mikhael Aman.
Sai Pao juga turut menyediakan perkhidmatan pengawal peribadi untuk Mikhael Aman dan Mafia, termasuk pemimpin politik di Sandakan.
Pada 26 Mac lalu, Sai Pao dan pengawal peribadinya telah mengepung sebuah kenderaan SS 2716 di hadapan sebuah karaoke, D’Mask di Batu 4, Sandakan dan Michael Aman telah memecahkan kesemua cermin kereta berkenaan kerana mabuk.
Tanpa alasan yang munasabah, kereta pick up yang didaftarkan atas nama Ramlan Bin Sanusi di alamat Peti Surat 1017, 9000 Sandakan telah dirosakkan begitu teruk sekali; dipercayai menggunakan kayu rounders, namun pemilik tidak membuat sebarang laporan polis kerana takut dicederakan Mikhael Aman.
Kereta berkenaan dipercayai telah dipasang cermin baru dan kini digunakan di ladang kelapa sawit di Kinabatangan bagi menutup kes berkenaan. Ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan enggan tampil membuat laporan polis kerana bimbang polis Sandakan membocorkan rahsia mereka yang membuat laporan.
Sai Pao juga telah memainkan peranan penting ‘menyeludup’ Mikhael Aman, isterinya, Yap Loo Mein dan anak-anaknya, Chia Chee Chun, Chia Nyet Phin ke Melbourne, Australia tanpa diketahui sesiapa pada 4 April lalu dan dijangka kembali ke Sabah pada 25 April 2010; bagi menghadiri perbicaraan kes rasuahnya pada 12 hingga 15 Mei 2010.
Dipercayai pasport Mikhael Aman telah dikembalikan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedangkan ramai tertuduh lain tidak dapat meninggalkan Negara setelah dituduh dengan kes yang kecil.
Kenapa Mikhael Aman ke Melbourne bersama keluarganya? Apakah beliau akan berhijrah ke sana setelah kes penggubahan wang haram dan membiayai keganasannya dibicarakan di Hong Kong pada hujung april atau pertengahan Mei 2010; kerana melibatkan karier politik abang angkatnya, Musa Aman?
-JL BOND
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Sai Po berjaya lenakan Polis Malaysia?
Wednesday, April 14, 2010Posted by Unknown at 7:56:00 AM