Kes terbaru Masjid bakal dirobohkan di Kemaman!

Friday, April 9, 2010

Masjid Pasir Minal yg belum siap sepenuhnya sudah dipenuhi para jemaah didua tingkat setiap hari jumaat.

Suasana keheningan Daerah Kemaman mula merubah dengan ketara sejak seminggu yang lalu. Detik sejarah yang agak memualkan bakal berulang kembali yang dijangkakan diwaktu waktu terdekat ini...


setelah berlakunya kekejaman meranapkan Masjid Kg Bujal di daerah Kemaman pada 2.10 petang 26 Mei 2005 adalah satu mala petaka yang tak dapat dilupakan oleh saya sendiri yang turut terlibat dalam peristiwa kebejatan itu.

Siapa ‘pengarahnya’ sudah termaklum bagi setiap insan di bumi ini. khusus nya kepada para penggerak nadi pembangkang di Terengganu tercinta ini.

Pada jumaat seminggu lalu, kami para jemaah dialunkan dengan nada kepiluan menggenangkan air mata, setelah khatib membaca khutbah turut memuatkan tip ucapan nya dengan ‘tawaran laknat’ dari satu pihak lain untuk ‘membeli Masjid Kg.Pasir Minal Kemaman ini dengan nilai 1.3 juta.

Dikatakan sebagai ‘tawaran laknat’ itu ekuran dengan hasrat pihak itu untuk membeli Masjid ini yang ingin di robohkan kemudian dibangunkan semula dengan bangunan lain ditapak yang sama. Inilah kejahatan yang di gambarkan oleh mereka, setelah merasa kepanasan apabila melihat kemakmuran masjid itu, yang banyak diimarahkan dengan pelbagai kuliah, tazkirah dan majlis majlis ketuhanan saban minggu dan hari berganti hari.

Wap kepanasan sering membakar segelintir dari mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid tersebut yang dikenal pasti . ‘Jin Kacau Kampong’ yang sering ‘kepanasan’ setiap jumaat apabila khutbah dimasjid itu disampaikan oleh para ilmuan yg hampir saban minggu bertukar dengan khatib jemputan.

Antara mereka yang selalu membaca khutbah disini termasuklah Tok Guru Haji Hadi, Ustaz Mohktar Senik, Hassan Ali, Ustaz Yusof Pulau Manis, Azman Shapawi, Nasarudin Daud, Nasarudin Tantawi dan ramai lagi.

Difahamkan dalam surat yg dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman, bakal mengambil tindakan kepada tiga lokasi lain termasuk Sekolah Pondokk Mustaqim di Batu 4 Binjai dan PUTIB atau Pusat Tarbiyyah Islam Binjai, Kemaman. Mungkin dalam artikel akan datang bakal dimuatkan cerita yang berkaitan dengan pusat pengajian ini.

Perkembangan pusat pusat pengajian dan Masjid yang condong kepada pembangkang Pas, memang menjadi ‘keperitan’ kepada juak juak ini sejak dari dulu lagi dan mengapa baru sekarang ingin mengambil tindakan.

Desas desus dikedai kopi, mengatakan bangunan bangunan itu tidak mendapat kelulusan dan tiada pelan. Tanah milik persendirian dan segala hal ehwal diuruskan secara persendirian.

Kami sudah menconggak siapakah kuncu sebenar yang mengarahkan MPK @ Majlis Daerah Kemaman untuk menghantar surat supaya peremis peremis tersebut dikosongkan. Ada pihak atasan lagi yang duduk dibelakang tabir yg menjadi dalang nya.

Pada 9hb akan di adakan satu forum yg berkait dengan isu ini dijadualkan akan berlangsung diperkarangan masjid ini yg dijayakan oleh Ust.Aidil, Ust.Yusof Embong dan Ust.Mohd Nor Hamzah DPP Terengganu.

Yang nyata ‘pembangunan’ lokasi lokasi itu banyak dengan perbelanjaan yang dihulurkan oleh orang ramai dan badan badan persendirian.

Justru itu diingatkan mereka yang berniat jahat terhadap rumah Allah ini dengan doa orang yang dizalimi dan balasan Allah terhadap tentera bergajah Abrahah yang mahu meruntuhkan rumah Allah. Batalkan sahaja niat jahat anda itu dan gunakan wang rakyat RM1.35 juta itu untuk pembangunan yang benar-benar bermanfaat untuk rakyat.

- matjejakrasul