Hinanya Pemimpin Islam Melutut Kepada Yahudi

Tuesday, April 27, 2010



Sikap Yahudi terhadap umat Islam adalah jelas. Permusuhan mereka sepanjang sejarah dari zaman Nabi Musa berterusan hingga ke zaman Nabi Muhammad SAW dan ke zaman kita.


Peringatan Allah bahawa Yahudi dan Nasara tidak akan redha sehingga umat Islam menurut millah (agama, cara hidup, budaya, dll) mereka. Nabi SAW juga mengingatkan bahawa umat ini akan menurut sunnah jahat mereka sejengkal, sehasta dan sehingga ke lubang biawak sekalipun.

Dalam sirah Nabi SAW, 3 kelompok Yahudi di Madinah-Bani Qainuqa’, Nadhir dan Quraizah mencabul perjanjian yang dibuat dengan Nabi. Syiar mereka adalah khianat dan jahat.

Justru itu, apabila ada pemimpin negara umat Islam bersedia melutut kepada Yahudi-samada dari segi politik, ekonomi, perdagangan atau ‘tukang mengangkat’ imej yang tercalar dek kesilapan diri sendiri, maka sebenarnya mereka lebih menghampiri ciri Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua munafiq.

Malah mengatasi Ubadah bin Samit yang bersedia menmbatalkan perjanjian dengan Yahudi kerana mendahulukan Nabi SAW. Sungguh hinanya jika pemimpin jenis ini, dunia dan Akhirat.

-petikan kuliah