Jasa Muktabar Ahmad Said MB Terengganu

Friday, April 9, 2010


Antara buah tangan dan bakti sumbangan kepada rakyat Terengganu kini semakin positif agaknya sesuailah dengan peneraju utama kerajaan negeri sekarang, Ahmad Said Adun Kijal selaku MB.


Inilah gembar gembur bingitkan didalam dewan baru baru ini. Sebagaimana yg dilapurkan sinarharian kelmarin.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan sebanyak 46 lesen pusat karaoke mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002, Kaedah-Kaedah Hiburan serta Tempat Hiburan 2003.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, tujuh lesen dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Kemaman (20), Majlis Daerah Dungun (enam) dan Majlis Daerah Besut (7).

Menurutnya, empat lesen lagi dikeluarkan Majlis Daerah Marang, dua di Majlis Daerah Setiu manakala Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak mengeluarkan sebarang lesen.

Beliau berkata, setiap pusat karaoke dan hiburan yang dibuka akan diperiksa PBT terlebih dahulu bagi memastikan ia mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 dan Kaedah-Kaedah Hiburan dan Tempat Hiburan 2003."

-Master mind yang bergerak aktif dibelakang mana mana Majlis Kerajaan Tempatan di negeri itu. Perlulah dibangkitkan didalam dewan bagaimana kerenah PBT di Kemaman yang menghantarkan surat kepada tiga lokasi Penganjian Pondok dan Masjid Kg.Pasir Minal yg bakal menerima nasib yang sama dengan Masjid Kg.Bujal, ikutilah perkembangan seterusnya.