Bakal Mentua Larang Saya Ada Tatu

Sunday, April 4, 2010

KERANA MINAT: Johan, yang bekerja sambilan sebagai pelukis tatu, sedar apa yang dilakukannya salah di sisi agama, tapi berasa puas dan bangga pula setiap kali melihat hasil kerja tangannya.


Izwan dan Idham (bukan nama sebenar) kini adalah antara peserta program 'Mudik ke Hulu' kendalian Se buah Masjid Tentera dengan kerjasama sebuah klinik swasta.


Program yang diperkenalkan pada 2007 itu menawarkan peluang kepada peserta melenyapkan tatu pada kadar bersubsidi, namun sebagai syarat, mereka perlu mengikuti beberapa modul merangkumi kelas-kelas agama, bengkel pengayaan dan pembangunan diri.

Semasa melihat jenazah temannya terbujur layu, dengan badannya penuh berukiran tatu, Izwan terasa insaf.

Beliau terbayang bagaimana jika tubuh kaku yang terbujur tidak bernyawa itu adalah miliknya, yang baru mula berjinak-jinak dengan tatu.

'Sanggupkah aku berdepan dengan Penciptanya dengan tubuhnya berselerak dengan tatu?' tanya hati kecil Izwan.

Dengan keinsafan itulah, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berusia 19 tahun itu berusaha membuka lembaran baru dalam hidup dan langkah pertamanya ialah dengan menghilangkan tiga tatu di badannya - dua di tangan dan satu lagi di paha.

Seperti Izwan, Idham (bukan nama sebenar) juga bertekad mahu memulakan kehidupan baru. Motivasi pemuda berusia 30 tahun itu terdorong oleh keinginannya mahu berumah tangga.

Bakal mentuanya menasihati beliau supaya berusaha menghilangkan tatu yang sudah mula menghiasi tubuh sasanya sejak sedekad lalu, sebelum diijab kabul. Program yang diperkenalkan pada 2007 itu menawarkan peluang kepada peserta melenyapkan tatu pada kadar bersubsidi, namun sebagai syarat, mereka perlu mengikuti beberapa modul merangkumi kelas-kelas agama, bengkel pengayaan dan pembangunan diri.

Imam Eksekutif Masjid Tentera, Ustaz Harunarrashid Zainudin, yang juga penyelaras program, berkata pihaknya tidak terlalu cerewet mengenai motivasi di sebalik keinginan belia untuk melenyapkan tatu.

Bagi Izwan tiga tatu di tubuhnya itu dilakukan sendiri ala DIY, menggunakan jarum dan dakwat Cina. Menurut Izwan, proses melenyapkan tatu itu lebih sakit daripada memasangnya. Program tersebut menawarkan subsidi lebih 50 peratus bagi rawatan melenyapkan tatu.

'Jadi remaja yang nak cuba-cuba pasang tatu lebih baik lupakan. Nak hilangkan bukan senang. Mahal dan sakit. Nasib baik ada program ini, kalau tidak pasti saya tidak mampu,' katanya, yang menggunakan wang simpanan sendiri untuk kos rawatan.

“Menurutnya, selain tarikan bantuan subsidi, beliau juga berazam untuk mendalami ilmu agama dengan menyertai program tersebut.” Tambahnya lagi.

- cy/berita4