Sebutkan tempat dan masanya kalau ingin berdebat dengan saya,” demikian cabaran Yang Dipertua Pas Kawasan Ipoh Barat, Norazli Musa kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang juga selaku ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.
Beliau membuat cabaran itu berhubung kenyataan Nadzri berkaitan demonstrasi membantah kerjasama dengan sebuah firma perunding Amerika Syarikat, Apco Worldwide, di pekarangan Masjid Negeri Ipoh.
Menurutnya, demonstrasi itu tidak salah dilakukan di masjid kerana ia adalah tempat perhimpunan umat Islam, selain di situ mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
“Saya membidas kenyataan Nadzri yang menuduh saya mengambil kesempatan dengan mencari publisiti murahan dengan demonstrasi di pekarangan Masjid Negeri Ipoh.
“Saya juga menafikan bahawa demonstrasi tersebut boleh mengganggu jemaah kerana ia dibuat setelah habis solat Jumaat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sementara itu, ketika mengulas berhubung dakwaan sesetengah pihak tindakan membaling telur serta memijak papan tanda yang tertera logo UMNO dan 1Malaysia sebagai tidak menghormati masjid, Norazli berkata, tindakan itu adalah simbolik bagi menyatakan betapa busuknya tembelang UMNO itu sendiri apabila mengadakan hubungan sulit dengan Apco yang jelas mempunyai hubungan dengan Israel.
Katanya, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan wajar dihentikan segera.
Dengan ini pihak Pakatan Rakyat (PR) menggesa agar Kerajaan Persekutuan menarik balik perjanjian yang telah dibuat demi kebaikan bersama,” katanya.
-s/harianper21
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Pas Ipoh Barat cabar ADUN Manjoi
Wednesday, April 21, 2010Posted by Unknown at 7:51:00 AM