Gambar ahli politik pembangkang dalam cybercafe, dewan jadi kecuh

Thursday, April 22, 2010


Hari kedua Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri sembilan Yang Ke-12, di sini semalam ‘kecoh’ seketika apabila wakil rakyat pembangkang...


membantah usul dibawakan salah seorang wakil rakyat Barisan Nasional .

Semuanya bermula apabila Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) ketika membentangkan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada usul tersebut, Zainal Abidin meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kafe siber yang tidak menepati syarat ditetapkan untuk beroperasi di bandar ini.

Bagaimanapun, pembahasan Zainal Abidin itu mengundang kemarahan wakil rakyat pembangkang apabila beliau mendedahkan ada kafe siber di sebuah bandar di negeri ini patut dikenakan tindakan kerana menggantung gambar ahli politik pembangkang.

Tindakan Zainal Abidin itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) dan Cha Kee Chin (DAP – Bukit Kepayang) bingkas bangun dan berlaku sesi pertikaman lidah meminta Zainal Abidin menarik balik kenyataan kerana menyentuh hal peribadi.

Zainal Abidin bagaimana pun tetap tidak mempedulikan bantahan, sebaliknya meneruskan ucapan bahasnya menyebabkan seorang lagi wakil rakyat pembangkang, Teo Kok Seong (DAP-Bahau) turut bangun membantah.

Bagaimanapun, situasi kembali reda apabila Zainal Abidin tetap meneruskan ucapan pembahasannya dengan menyentuh isu lain pula.-shn9