Berdosa kalau tak sokong Kamalanathan, ceramah BN semalam

Monday, April 19, 2010


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali malam tadi muncul di pentas ceramah Barisan Nasional (BN) untuk menyokong calon BN, P. Kamalanathan...


 

yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.


Beliau berkata, adalah satu dosa sekiranya beliau tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara.

Menurut Ibrahim, beliau mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sejak tahun 1972 ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM - kini Universiti Teknologi Mara).

Ketika itu, Ibrahim merupakan Presiden Persatuan Pelajar ITM manakala Zaid ialah timbalannya.

"Zaid kemudiannya dipecat kerana kerjanya asyik berjoget-joget," kata Ibrahim ketika berucap pada ceramah di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi sambil disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Ibrahim memberitahu, beliau akan membuat pendedahan mengenai Zaid pada 21 dan 23 April ini dalam siri program ceramah pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. -Ref:kosmo19

Menjadi satu dosa jika tidak menyokong Kamalanathan kata Ibrahim Ali, demi melayu dan Negara. Perjuangan ‘mufti Bebas’ ini atas dasar apa? menyokong Kamalanathan kerana Melayu, itulah Ibrahim Ali.