TRAGEDI ABAD INI Rakyat panik, dunia tergamam

Saturday, April 3, 2010


Dua September 1998
Bagai petir menyambar di siang bolong
Dirinya khusus, tanpa ampun, dipecat dari segala jawatan
Berdasarkan bukti yang maha kukuh


Ia bukan hanya seorang ‘penzina’ ulung,
Sekali gus ‘peliwat’ handalan, disamping itu
Ia juga ‘perasuah’ dahsyat, dan yang paling mengerikan
Ia adalah seorang ‘tali barut asing’, penjual bangsa dan Negara

Rakyat panik, dunia tergamam
Kemana perginya prinsip yang sentiasa dilaung-laungkan
Seseorang tidak bersalah, sehingga mahkamah mendapati ia bersalah
Gerangan apakah prahara yang melanda, sehingga
Hukum jatuh, palu belumpun berbunyi.

Jangankan manusia, malaikatpun akan berang
Apabila dipalitkan seribu dosa, yang tidak pernah terbayangkan
Demi kehormatan diri dan maruah zuriat, yang
Tidak akan terhapus dalam tujuh keturunan
Anwar bangkit, menentang penguasa yang perasan ialah
MAHArajaTHIRani tanah pusaka ini

Anwar lalu menjelajah seluruh ceruk rantau
Di mana reformasi dilaungkan, di situ marhaen bangun menyahut
Teruskan perjuangan sehingga titisan darah yang terakhir
Di mana keadila dipekikan, di situ rakyat berduyun, bertempik
Kita lawan kezaliman, biar mereka sadar makna kuasa rakyat
Di mana kebebasan diluahkan, di situ umat melaut, menjerit
Hancurkan diktator bertopeng demokrasi
Akhirnya, hakim rakyat tanpa keraguan memutuskan
Anwar Ibrahim sahih difitnah dan dizalimi, oleh
Konspirator-konspirator haram jadah.

Penguasa heran dan mulai gelabah
Sepanjang ‘penghalauan’ para penentang
Belum pernah yang berani buka mulut, tapi
Si Anwar ini, bukan hanya sekadar melawan
Malahan mahu merenggutkan mahkota, yang
Malahan mahu merenggutkan mahkota, yang
Telah dirompaknya dari raja-raja yang ketakutan.

Dua puluh September 1998,
Dengan gaya Gestapo, Anwar dan para sahabatnya ditangkap
Sebuah lagi rekod dicipta oleh Malaysia boleh, kenapa tidak
Mana ada di dunia ini, orang tahanan masih digari dan mata ditutup dalam lokap
Lalu, diganyang separuh nyawa oleh jenderal lanun,
Anwar bernasib baik, tak ajal berpantang mati
Gilanya, mereka dengan selamba dan seringai serigalanya, menghebahkan
Gilanya, mereka dengan selamba dan seringai serigalanya, menghebahkan
Anwar selamat, sihat wal afiat dan selesa sekali di dalam lokap.

Dua puluh Sembilan September 1998
Anwar hadir dimahkamah dengan mata lebam
Dunia terperanjat kaku, ternyata penguasa bumi bertuah ini, adalah
Seorang pembohong teragung alam Melayu, sebenarnya
Peristiwa ini, bukan sekadar Anwar yang dipukul, tapi
Keadilan yang sedang dihajar habis-habisan oleh kuku besi.

Rakyat telah kehilangan kesabaran
Mahkamah, Kampung Baru dan Jalan Tunku Abdul Rahman
Mulai dikerumuni umat, dengan tertib dan aman

Melaungkan reformasi, sebagai tanda protes dan jeritan keprihatinan
Sialnya, kehadiran mereka disambut belantan dan simbahan asid
Kalau di Negara yang ‘kununnya’ mengamalkan demokrasi ini
Berhimpun menyuarakan rintihan nurani diharamkan, ertinya
Bukan saja kebebasan yang telah dipasung, tapi
Kemerdekaan juga sudah mampus.

Sepanjang 78 hari pengadilan
Sang primadona- sang primadona dengan gaya yang mengghairahkan
Tanpa sedikitpun terguris rasa malu, mereka
Simpang siur di mahkamah memperagakan kebangsatannya
Tilam tanpa cadar ikut di arak ke hilir dank ke hulu
Semuanya menjadi serba tidak relevan, yang
Paling ajaib, bilik celaka tempat maksiat itu didakwa, rupanya belum siap dibina,
Dengan selamba, sang pendakwa raya meminda tarikh dipenghujung perbicaraan, dan
Perbicaraan sah diteruskan,
Rasanya, mahkamah pengadilan ‘cacingpun’ tidak akan segoblok ini, akhirnya
Palu mahkamah berdentum memeranjatkan dunia keadilan
24 tahun 7 bulan, kata sang hakim yang ‘maha bijaksana’

Tragedi gila ini, yang sedang box office menayangkan kisah benar
Betapa institusi polis sedang diperalatkan
Betapa insttitusi pendakwa raya dan kehakiman sedang dilumuri lumpur
Betapa institusi penguasa beranggapan,
Selain mereka dan kroni-kroninya,
Rakyat ? meraka adalah himpunan lembu-lembu bodoh yang sedang kekenyangan.

-Suardi Sawai/sa/kini30