Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin untuk Kamalanathan

Friday, April 30, 2010

gambar hiasan yg tak jauh bezanya

Apa sudah jadi dengan puak-puak Umno Al BN ini? Gara-gara kemaruk inginkan kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, kalian sanggup buap apa saja malah turut mengaitkan kemuliaan Islam itu sebenarnya.


Inilah kekuatan Umno dalam mengekalkan keupayaannya, maka mereka telah mengadakan satu majlis "Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Untuk Calon Barisan Nasional" di semua masjid-masjid dalam kawasan Hulu Selangor.

Majlis yang diadakan pada hari "mulia umat Islam" iaitu Jumaat tanggal 23 April 2010 yang lalu. Patutlah tiba-tiba BN dimenangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gara-gara perbuatan puak-puak Islam Hadhari dalam UMNO itu. Amat tidak masuk akal, pabila puak-puak mereka sanggup mengadakan majlis seperti itu untuk calon BN , P.Kamalanathan sedangkan beliau bukannya orang Islam.

Agaknya, puak-puak UMNO fikir dengan mengubah nama calon BN itu kepada "Kamal" maka, Kamalanathan telah diIslamkan. Inilah bukti, kedangkalan dan betapa ceteknya agama puak-puak UMNO ini sebenarnya. Tidak mungkin perkara ini dilakukan oleh puak-puak India dalam MIC atau Cina dalam MCA. Tambahan pula majlis diadakan di masjid-masjid dan bukannya di kuil-kuil hindu atau tokong Cina. Maknanya memang sah majlis ini diadakan dan mendapat arahan daripada Imam Besar UMNO, PM Najib Razak. Tambahan pula gambar Najib diletakkan disemua "kain rentang" mengenai majlis tersebut. Ini bermakna beliaulah seolah olah yang telah memberi arahandan merestukan agar tindakan tersebut dilakukan oleh puak-puak UMNO.

Malah perbuatan sedemikian turut diikuti oleh Panglima PERKASA Ibrahim Ali, yang mengatakan ‘akan berdosa jika tidak menyokong Kamalanathan’, sejak PRK baru baru ini beliau terus berada dalam selimut tebal juak juak itu.

Persoalannya sekarang, mana perginya pemimpin Melayu yang sering melaungkan kononnya mereka membela bangsa dan agama seperti Ibrahim Ali Al-Kataki (Perkasa) dan lain-lain ulamak UMNO (Jamil Khir Baharom, Dr.Masyitah Ibrahim, Ustaz Pirdaus Ismail dan lain-lain).

Apa cerita dengan tuan Mufti Perak? Takkan taknak membuat sdikit ulasan dan apa pula kesah ulamak Al Muhammadi? Juak juak YADIM takkan membisu saja.

Kenapa mereka mendiamkan diri dengan isu panas ini. Tergamak, puak-puak UMNO membuat solat hajat dan bacaan yassin untuk memastikan kemenangan calon BN yang bukan beragama Islam itu.

Bayangkan, apakah perasaan Imam-Iman Masjid yang terpaksa mengimami majlis berkenaan. Imej banner yang dipaparkan adalah diambil dari Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu. Kenapakan mereka tergamak melakukan perbuatan demikian yang jelas sekali menghina dan mempermainkan kesucian agama Islam itu agaknya. Oleh itu, sebarkan info ini supaya orang Melayu di Hulu Selangor sedar akan perkara ini. Maknanya mereka turut bersubahat dengan satu perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam yang dianuti oleh mereka sendiri.

Anehnya ada puak UMNO yang bebal marahkan Tok Guru Nik Aziz yang berceramah di masjid, walhal ia ada dalam Islam itu sendiri. Malah, menyampaikan kebenaran itu adalah satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Mana agaknya nas dan dalil yang dipakai oleh UMNO itu untuk membenarkan puak Islam Hadhari solat hajat dan baca yassin kepada orang bukan Islam.

-tetikus2/matjejakrasul